Wednesday, May 13, 2020

Mandi Sungai di Janda Baik


Sambungan dari entry Family Day company enZaf [link]. Aktiviti seterusnya kami pergi mandi sungai. Memandangkan villa yang kami tidur tu tiada sungai yang dekat, jadi kami pilih Rimba Valley untuk tempat bermandi-manda. Tempatnya agak jauh ke dalam. Ai boleh katakan macam hujung Janda Baik tu. Sebab nak masuk kat situ mencabar juga la. Jalannya agak sempit tahu-tahu bila sampai wah besar kawasannya. Cantik pula tu. Yang penting kawasan tu bersih okay. Di Rimba Valley ni ada disediakan homestay, gazebo dan camp site. Untuk mandi-manda ni kami hanya sewa gazebo dan mini wakaf sahaja. Gambar bawah ni adalah gazebo.



Ikutkan kami tak dapat gazebo haritu sebab dah fully booked. Nak dijadikan rezeki, kebetulan kami sampai tu ada satu keluarga nak check-out. Lajulah ambil gazebo ni, mudahkan sesiapa yang nak solat dan salin pakaian bila perlukan. Gambar bawah ni adalah mini wakaf. Kami buat tempahan makan tengahari juga kat Rimba Valley ni. Senang tak payah nak keluar atau beli makanan.



Masa sampai Rimba Valley ni, anak-anak takde rasa nak makan pun. Dah nampak sungai fikir nak mandi je. Ajak makan dulu pun taknak, jadinya ai bagi je la dorang mandi puas-puas. Nanti lapar pandai la naik cari makanan :) Ai pun ambil kesempatan ambil gambar dorang la mandi sungai. Sedih ai tak dapat nak join sama, tengah "bendera Jepun" huhuhu Qaireen macam biasa la, awal-awal masuk takut-takut. Nak letak kaki dalam air pun taknak. Lama sikit baru okay.



Best tengok sungainya. Airnya bersih sangat dan sejuk pula tu. Dari gazebo tu nak ke sungai ni berapa langkah je, memang river view habis. Zahra, Aliah dan Ariq memang tak ingat Mummy dia dah. Seronok sangat mandi. Video bawah ni ada ai tunjuk keadaan tempat ni.





Sangat cantik, bersih dan memang dekat gazebo tu dengan sungai :)



Ai ingatkan duduk kat Rimba Valley ni mandi-manda saja. Rupa-rupanya ada buat aktiviti lain iaitu naik ATV. Masa dapat tahu tu seronoknya dengar tapi memandangkan siapa yang ada baby ni tak dapat nak naik terus jadi sedih. Ye la mana pula nak letak baby tu kan. Tak sesuai untuk kanak-kanak kecil ataupun baby. Masa tengah-tengah nak kira berapa orang yang boleh turut serta ATV tetiba Adib (staff ABT) kata yang ada baby pun boleh join. Tapi tak naik ATV, naik UTV. UTV pun boleh la janji kami ikut berjalan sama hahaha Bergambar dulu sebelum memulakan aktiviti ATV.



Hanya enZaf je yang dapat bawa ATV. Ariq dapat ikut bonceng sama. Kesian kat Zahra dan Aliah. Dorang berdua tu nak sangat naik tapi tiada siapa pula yang boleh bawakan. Mujurla boleh join Mummynya naik UTV hehehe Inilah UTV yang kami naik. Driver kami adalah owner Rimba Valley tu yang bawa, Kapten Nik.



Wefie dengan Qaireen. Seriusnya muka anak dara ni. Menahan panas cahaya matahari. Alhamdulillah cuaca hari tu sangat cerah dengan izin Allah. Pergi pula bulan 12 memang sedia maklum cuaca hujan sentiasa. Tapi haritu memang rezeki kami datang cuaca elok sangat. Kapten Nik pun cakap 2-3 hari sebelum tu hujan lebat sangat.



Untungla orang tu dapat bawa ATV. Yang bonceng tu pun sama suka jua. Boleh dikatakan jumlah ke semua yang bawa ATV ni dalam 12 biji. Seronok tengok ramai-ramai konvoi.



Kami pusing kawasan Janda Baik ni. Lalu banyak anak sungai dan bukit sana sini. Tengok kecantikan alam semulajadi. Indahnya suasana, tenang damai dan menyegarkan. Kami ada tengok kebun-kebun sayur, kolam ikan dan ada juga satu rumah yang mempunyai banyak pintu yang dikatakan kat tempat kepercayaan jin-jin bagi orang asli. Ye la kawasan kami pergi ni ada hutan, masa lalu tu seram juga la. Lama juga kami pusing-pusing sekitar kawasan Janda Baik ni. Lepas tu kami berhenti sebentar dekat salah satu sungai. Dikatakan sungai tu sungai paling bersih. Tak silap ada namanya, tapi ai dah lupa. Dekat dengan kaki bukit jadi tiada la pencemaran. Sebelum tu ambil gambar anak-anak kejap.



Masa ni akak Zahra je ada, tak ingat pula mana pergi Aliah. Kenapa dia tak bergambar bersama.



Ai pun nak juga la walaupun tak dapat naik, dapat gambar pun boleh la :p



Lepas bergambar terus kami ke sungai. Lihatla bertapa bersihnya air sungai tu. Masuk kaki dalam air pun nampak jelas sangat. Sangat best dengan airnya yang sejuk. Lama kami kat sini sebab ada yang berendam terus dalam sungai tu. Dah alang-alang sampaikan. Memang boleh je basah. Nanti keringla bila kena angin naik ATV tu hihi



Masa ni ai berdua je ngan Qaireen. Nak suruh dia letak kaki dalam air, seperti biasala taknak.



Anak-anak yang lain dah hilang. Nampak air sungai laju meluru masuk. Hilang terus dari pandangan ai. Dalam gambar bawah ni mereka ada kat hujung sekali tu, Zahra dan Aliah. Ariq kat depan lepak dengan abang Faheem :)



Video Ariq dan Daddynya tengah buat river crossing. Masa ai rakam ni tak berapa nampak sangat sebab jauh ke bawah, main agak-agak je pegang handphone tu hala ke dorang. Tak sangka elok pula, mujur masuk dalam skrin haha



Kami pun dapat merasa juga river crossing. Satu pengalaman baru bagi ai. Semestinyalah seronok.


Lepas dah selesai mandi kat sungai tu, masa untuk balik ke gazebo semula. Balik tu kami berpecah ngan geng ATV. Kapten Nik nak bawa kami kat atas bukit. Nak menikmati keindahan dari atas katanya. Betul kata Kapten Nik, sangat cantik pemandangan dari atas. Hijau je keliling tu, boleh hilang stress dibuatnya.



Balik tu ntah mana la Kapten Nik bawa kami, macam masuk dalam hutan. Seram pun ada. Jalan balik tu tak lalu jalan yang sama kami pergi. Agak menakutkan tapi rasa seronok juga, ada adventure sikit sebab turun dari bukit dalam hutan. Tahu-tahu je dah sampai. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Satu pengalaman baru buat ai dan seronok menikmati suasana yang berbeza dari kita kat bandar ni. Lebih kurang 2-3 jam juga la buat aktiviti ni. Nasib baik Qaireen moodnya okay sangat, tak meragam langsung. Dia siap tidur lagi masa dalam UTV tu. Seronok agaknya kena angin dan berbuai-buai dalam tu.

Yang bawak ATV tak sampai-sampai lagi. Setia diriku menanti dorang balik. Rupa-rupanya dorang ada singgah kolam ikan. Patutla lambat. Bila dah nampak kelibat mereka, terus ai ambil video :)



Sampai-sampai gazebo anak-anak nak makan, baru rasa lapar agaknya hihihi. Dah habis makan dorang bersambung mandi sungai semula. Seronok betul la. Mandi sampai dalam pukul 6.45 petang kalau tak silap ai, last call la sebelum nak balik. Naik-naik makan lagi anak-anak ni. Sebelum semuanya bergerak balik semula ke villa, photo group dulu kat jambatan tengah-tengah sungai. Cantik sangat view sini.



Jujur ai cakap Rimba Valley ni cantik sangat. Tempat dan sungai bersih. Orang pun tak ramai, tak serabut rasa. Sesuai bawa keluarga datang sini. Nak tidur pun boleh, harga sangat berpatutan. Puas hati la. InsyaAllah ada rezeki ai nak ke sini lagi bawak mak, abah dan adik-adik. Piknik kat Janda Baik. Kalau nak details pasal Rimba Valley ni boleh search kat IG rimbavalley.jandabaik :)


No comments: