Wednesday, May 6, 2020

Resepi: Ayam Masak Bali


Sebelum ni ai berkongsi resepi lauk kegemaran anak-anak. Kali ini ai nak share pula lauk kegemaran ai iaitu Ayam Masak Bali. Dah 3 tahun masak lauk ni, baru sekarang tergerak hati nak masuk dalam blog. Ye la, takde cerita lain nak di update sejak pkp, walaupun sekarang dah jadi pkpb. Diriku dan anak-anak masih setia duduk dalam rumah, tak de nak ke mana-mana. Jadi, memang entry resepi la menjadi keutamaan dalam blog ni hehe

Resepi Ayam Masak Bali ni ai dapat dari blog Cik Epal (CE). Cuma ai ada olah sedikit mengikut tekak ahli keluarga yang nak makan :). Nak diikutkan resepi CE ni ada belacan, ai tak masukkan sebabnya lauk tu nanti pedas sangat. Kuantiti bahan pun kurangkan jua. Tidaklah masak sampai satu ekor ayam. Bahan-bahan ai ni cukup la sekadar untuk 4-5 orang makan. Apa pun terima kasih CE sudi berkongsi resepi ini.

Ai suka lauk yang melibatkan banyak batang serai dan daun kari. Semua ni membangkitkan bau masakan yang sedap. Macam ayam goreng berempah dan rendang. Baunya best-bestkan. Dan lagi satu resepi Ayam Masak Bali ni mudah sebab tak guna banyak bahan. Senang, cepat dan sedap gitu.



Bahan-bahan

10 ketul ayam
3 batang serai (diketuk)
1 tangkai daun kari (cuci dan tos)
serbuk kunyit
Kicap manis
Garam, gula dan perasa


Bahan dikisar

Senggenggam cili kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup


Cara Menyediakan

Perap ayam dengan kunyit dan garam. Kemudian, gorengkan separuh masak. Ketepikan. Dalam kuali yang sama, kurangkan minyak jika terlalu banyak. Masukkan batang serai, goreng sehingga garing. Masukkan daun kari pula. Daun kari dah agak layu masukkan pula kesemua bahan yang sudah dikisar sampai pecah minyak dan garing sedikit. Tambah gula dan masukkan ayam kacau sehingga sebati. Tuang kicap manis dalam 2 sudu besar. Biarkan seketika sehingga ayam empuk. Akhir sekali masukkan garam dan perasa secukup rasa.





Sebenarnya sukatan masakan ini bergantung kepada diri sendiri. Kalau nak rasa pedas, lebihkan cili. Nak rasa manis, lebihkan kicap atau pun sebaliknya. Tiada sukatan tetap. Yang penting bahan nak buat tu ada, on je hihi Oh lauk ni jenis tak berkuah sangat. Kalau korang nak kuah tambah la air dan kicap bagi pekat. Tapi nanti jadila lauk ayam masak kicap pedas. Sedap juga tu kan :)

No comments: