Monday, May 11, 2020

Selamat Hari Ibu


Semalam adalah hari Nuzul al-Quran dan Hari Ibu. Ai tiada plan apa-apa pun untuk tahun ini. Kalau nak diikutkan tahun-tahun sebelum ni, kami akan keluar pergi makan beramai-ramai dengan keluarga ai. Tapi disebabkan pkpb tiada la makan beramai-ramai. Dan kebetulan tahun ni pun jatuh pada bulan puasa, lagi la tak ke mana. Lepas Asar ai ke dapur, masak lauk untuk berbuka. Tiada lauk special, masak sup tofu telur, ikan bulus goreng dan sambal sardin. Dan ada lebihan lauk ayam masak kicap masa sahur. Dalam tengah memasak tu, tetiba Ariq datang cakap Mummy, Ariq buat kad untuk Mummy. Wah terharu.. ai hanya tengok je kad tu sebab tangan tengah sibuk kupas bawang. Beritahu dia letak dulu kat fridge nanti Mummy tengok.



Ariq tunjuk kad tu kat Daddy dia, ai dengar enZaf tanya kenapa Ariq tak warna kad tu. Ariq jawab kalau Ariq warna nanti jadi tak cantik. hahaha macam-macam la Ariq ni kan. Dalam 10-15 minit selepas tu, Aliah pula datang. Kalini kad dia buat ai pegang dan tengok sebab masa tu tangan bersih baru lepas masak satu lauk. Siap lukis ibu pelbagai bangsa agama lagi :)



Dalam kad dia sweet sangat. Besar love bagi. Love you too Aliah!



Selesai dah memasak semua hidang. Tengok jam dah pukul 7 malam. Tak sempat nak buat menu pembuka selera. Nasib baik ada lagi karamel puding yang ai buat dua hari lepas hehe Tengah nak tunggu berbuka tu Qaireen "poopoo" pula. Bergegas pergi toilet, masa tengah cuci tu tetiba akak Zahra muncul depan pintu bilik air wish Happy Mother’s Day Mummy. Ai toleh belakang tengok dia ada pegang something. Mummynya rabun, tak nampak sangat apa benda hehe Rupa-rupanya dia buat macam diorama. Alahai cantiknya akak, terharu Mummy.



Comel sangat, ada semua orang kat situ. Kami celebrate kat ruang tamu, ada kek semua. Siap dengan karpet, sofa, tv dan kabinet hehehe Alolooo



Close-up sikit, baru nampak Qaireen. Terlindung dengan kek hihi Cantiknya rambut Mummy. Pandai buat lebih kurang sama je. Duduk dalam rumah tak perlu pakai tudungkan :p



Terima kasih anak-anakku Zahra, Aliah dan Ariq. Bila dapat kad-kad dan wish dari anak-anak ni terus rasa hilang penat. Padahal siang tu dah la ai marah dorang. Mana taknya, dari pagi sampai petang dorang bertiga tu tak mandi-mandi lagi. Sampai nak masuk waktu Asar. Apa lagi keluar suara tarzan la ai huhuhu Mentang-mentang duduk rumah tak ke mana. Ingat tak payah mandi agaknya. Lepas solat Maghrib ai terus masuk dapur dan buat kek pisang. Tak plan pun nak buat sebenarnya. Ni gara-gara ada pisang kat dapur yang tak tersentuh. Hampir naik lebam dan lembik dah pisang tu. Laju la sumbat dalam blender. Memang timing pun cantik je lepas Solat Tarawikh kek pun siap. Tapi tak la terus makan. Tunggu sejuk sikit baru keluarkan dari loyang.



Bila nak hidang ai bawa kek ke meja makan. Tetiba rasa ada orang mengekor kat belakang. Tengok si Qaireen, dia memang pantang kalau ai pegang pinggan ke meja. Dia la orang pertama akan sampai hihihi.. Dia nampak kek pisang ni, ingat kek birthday. Siap menyanyi lagu birthday lagi lepas tu buat aksi tiup lilin, walaupun tiada lilin atas kek hahaha Bertuah la anak.



Buat kek pisang yang moist dan gebu. Alhamdulillah menjadi dan semua suka. Diriku bukan la jenis pandai baking sangat. Setakat nak makan anak beranak tu boleh la. Takde la sampai nak buat berniaga. Belum layak, banyak lagi kena belajar ilmu membuat kek semua ni.



Kesempatan ini ai nak mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia ini terutamanya kawan-kawan blog yang sudah bergelar ibu. Semoga kita dapat menggalas tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan menjadi supermom yang terhebat :)



No comments: