Thursday, December 3, 2020

Tempah Baju untuk Majlis Perkahwinan Nani


InsyaAllah tahun depan bulan satu adikku Nani akan melangsungkan perkahwinannya. Kalau nak diikutkan bulan 8 yang lepas dia dah kahwin tapi disebabkan pandemik Covid ini terpaksa ditangguhkan. Walau macamana sekali pun untuk tahun depan kahwin tetap diteruskan tidak kira sama ada masih dalam PKPP atau pun PKPB. Ai cakap dengan Nani yang penting nikah dahulu. Untuk majlis persandingan akan ditentukan bergantung kepada keputusan kerajaan nanti. Kalau kena tangguh kita tangguh sanding itu. Kalau boleh buat kita buat terus. Kalau nak tunggu semuanya okay tak tahu tahun bila pula nak kahwinkan. Sama ada majlis persandingan dapat dibuat pada bulan depan atau tidak, baju untuk ahli keluarga tetap kami tempah. Urusan penempahan baju semua diuruskan adik ai Nani. Dia nak kami buat tempahan dengan kawan baiknya Alia. Ai pun tak kisah terpulang pada dia. Lagipun Alia ada butik baju senang bagi Nani nak berurusan. Biarlah pengantin sendiri yang pilihkan, kami turutkan saja :)



Nama butik kawannya Hanna Rauda. Kedainya dekat sahaja dengan rumah mak. Kami datang waktu hujung minggu memang buka khas untuk kami sahaja. Kawankan senang nak deal hihi.. Ai pun memang kenal Alia ni dari dia sekolah lagi. Selalu datang rumah mak lepak makan minum :) Sekarang dah anak sorang.



Alia yang berbaju pink dan anaknya yang pandang arah lain pula. Terima kasih Alia melayan kami satu keluarga. Lama juga kat dalam tu sebab ukur badan setiap sorang. Itu pun tak cukup corum sebab adik ai Hana tiada. Dia kat Ipoh tak boleh nak balik merentas negeri. Kalau dia ada pasti lebih riuh dan lama lagi hehe... Qaireen dah buat macam rumah sendiri, berlari dalam butik tu. Sabar saja la.



Nani dan tunangnya Fahmi pun turut tempah baju pengantin mereka dengan Aliah. Senang sekaligus dengan kawan dia. Semoga semuanya dipermudahkan buat adik ai Nani. Berdebar pun ada sebab dah lama keluarga kami tak buat majlis perkahwinan :)


2 comments:

Siti Yang Menaip said...

suka process nak prepare untuk wedding.. turn saya tatau bila tapi untuk cousin2 semua best je.. hehe..

Nurhayati said...

suka juga walaupun penatkan. Buat majlis yang menggembirakan siapa tak suka ye tak. :)