Monday, November 30, 2020

Happy 40th to me!!


Syukur Alhamdulillah... pada 22hb November yang lepas genap umurku yang ke-40 tahun. MasyaAllah perasaan masa tu bercampur baur dengan gembira, sedih dan terharu juga. Ya Allah, terima kasih atas kurnia yang telah Engkau berikan kepadaku. Seperti sebelum tahun-tahun sebelum ini, setiap kali birthday memang diriku akan gantung kuali. Eh, tak birthday pun selalu je tak masak :p Cuma tahun ini berbeza sebab harijadi jatuh pada musim PKPB. Jadi tiada makan-makan di luar huhuhu.. Tak mengapalah sekurang-kurangnya lain daripada yang lain. Kita sambut dekat rumah sahaja lah. Sambutnya lepas Maghrib. Petang lepas Asar, enZaf keluar untuk membeli kek dan makan malam katanya. Ikutkan plan dia, nak beli kek kat Kafe Big Tree. Bila sampai sana katanya kek dah habis. Fuhh... laku keras sungguh. Jadinya dia beli kek kat Secret Recipe sahaja.



Kek Red Velvet. Besar pula dia beli whole cake terus. Selain kek, dia ada beli Satay, Lontong Goreng, Tauhu Bakar dan Naan Cheese untuk akak Zahra. Dia memang suka Naan Cheese. Tak sempat nak susun makanan cantik-cantik terus ambil gambar hehe.. Masa tengah menghidang tu enZaf suruh ai bersiap. Ikutkan hati ni ai malas nak bersiap bagai tapi dah dia suruh sebab nak bergambar maka paksa rela saja la :) Haish baru masuk umur 40 tahun dah malas-malaskan.



Dah cantik-cantik kena la bergambar. Satu gambar dengan anak-anak.



Bergambar dengan cinta hati. Terima kasih Yang! dirimu tak pernah kenal erti penat melayan kehendak isterinya yang macam-macam ni kan.



Dan terakhir mestilah wefie sekeluarga. enZaf malas nak pasang timer, bergambar je dari tempat dia berdiri huhu.. Jadilah.



Eh lupa pula nak masukkan kad birthday dari anak-anak. Kalau teringat nanti update kemudian kat entry ni. Serius macam tak percaya dah masuk angka 4 ni, nampaknya ai dah boleh geng dengan enZaf. Sebelum ni duk perli dia cakap dah tua :p




No comments: