Sunday, January 3, 2021

Tahun 2020 ke Tahun 2021


MasyaAllah dah masuk tahun 2021 kita. Macam tak percaya masa berlalu begitu sahaja, terutamanya tahun 2020 ini. Satu dunia diuji dengan pandemik Covid-19. Pelbagai ujian dan dugaan kita terima, semoga apa yang terjadi ini memberi satu peringatan dalam kehidupan kita untuk memperbaiki diri jadi lebih baik. Diriku juga sentiasa berdoa kita semua dilindungi dari sebarang musibah dan virus Covid-19 ini dapat dihapuskan, berharap kesan dari semua yang berlaku ini dapat memberi kita satu hikmah yang besar untuk akan datang.. InsyaAllah.

Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan adikku Nani. Setelah pelbagai ujian dan dugaan yang ditempuhi berjaya adikku Nani bergelar seorang isteri. Tiada insan yang lebih gembira pada tika ini terutamanya Abah dan Emak. Tengok riak dan air muka ke dua-duanya membuat perasaan diriku bercampur baur. Banyak nak diceritakan dalam blog nanti, tunggu gambar dari adik sebab diriku tak ambil gambar sangat masa majlis berlangsung. Buat-buat sibuk gitu :p Malam tadi sempat scroll laju-laju tengok gambar dari handphone enZaf, dia pun sama tak banyak ambil gambar tapi ada satu gambar candid terus suruh dia send sebab nak masukkan dalam blog ni hihihi.



Sampai berkerut ai tengok handphone. Busy sungguh kakak pengantin hahaha.. Ingatkan nak update perihal akak Zahra tamat sekolah rendah. Tapi macam tak larat pula. Penat kenduri tak habis lagi.. yang penting semalam majlis berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Hari ini baru nak tengok dan kemas rumah, 3 hari rumah macam tongkang pecah. Sepah sana sini. Balik dari Johor haritu esoknya Nani nak nikah. Lepas itu ada rehearsal sedikit untuk majlis resepsinya pula. Hari ini nak setelkan laundry yang sudah menimbun dalam bakul untuk dibasuh. Bakul pakaian yang sudah dibasuh pun sama naik juga menggunung. Kena cari mood nak lipat dan iron tu hihihi...

Dikesempatan ini ai nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua kawan-kawan blog. Semoga tahun ini memberi sinar baru buat kita dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Azam nak turun berat badan dah renew untuk tahun ini hahahahaa.. setiap tahun renew macam tak ada kesudahannya :p

No comments: