Wednesday, December 2, 2020

Mengaji Online dan di Rumah


Bila PKPB anak-anak tiada lagi kelas mengaji kat rumah ini. Tahun 2020 ini boleh kira berapa kali sahaja anak-anak ni pergi kelas mengaji. Sama la juga dengan sekolahkan. Kelas mengaji anak-anak ni hanya 2 hari dalam seminggu. Masa kita sedang menjalani PKPP dapat juga la anak-anak ni sambung mengaji tapi bila dah kena PKPB terus tiada kelas mengaji lagi. Nampak gaya memang sampai hujung tahun la tiada kelaskan. Disebabkan pandemik ini ai ambil inisiatif mengajar anak-anak mengaji kat rumah. Sebelum ini pun memang dorang mengaji kat rumah juga tapi hanya sekali je seminggu sebab dah ada kelas mengajikan. Sejak dari PKP ai ajak anak-anak mengaji setiap hari. Waktu mengaji adalah lepas Solat Maghrib. Mujur lah anak-anak ni jenis dengar cakap dan okay sahaja :) Dengan ustazah kat sekolah pun dorang ada mengaji juga. Tapi hanya seminggu sekali. Gambar-gambar kat bawah ini ai snap untuk kenangan semasa anak-anak sedang mengaji dengan ustazah sekolah masing-masing. Jadual mereka berbeza mengikut tahun masing-masing.



Aliah malas pakai tudung, ai suruh dia sarung telekung saja hihi.. Online class pun dia malas pakai tudung padahal pergi sekolah pakai tudung. Nasib cikgu-cikgu dia kenal. Eh, kalau tak kenal pun dalam Google Meet dah ada nama penuh masing-masing :)



Gambar kat bawah ini masa Ariq mengaji dengan Iqra'6. Hanya tinggal beberapa helai sahaja nak habis dah :)



Semua ustazah sudah maklum yang mereka turut mengaji dengan parents. Jadi tiada masalah bagi mereka hanya sambung sahaja dekat mana ayat terakhir berhenti. Minggu lepas Ariq dah baca al-Quran, Alhamdulillah. Ikutkan awal lagi dia dah boleh mula dengan al-Quran tapi ai suruh dia ulang semula Iqra'6 sebab bacaan kurang lancar. Kiranya 2 kali dia baca Iqra'6. Bila ai dah puas hati dengan bacaan dia, barulah ai bagi dia baca al-Quran pula.



Oh Qaireen pun baca Iqra' juga. Ai ajar dia santai-santai sahaja. Banyak main dari nak membaca haha.. Bila kita suruh dia bacakan buat tak tahu je. Tapi bila kita tak suruh, elok pula dia sebut. Setakat ni yang ai dengar dia sebut Alif, Ba dan Ta sahaja. Slowly but surely gitu. Ai rancang tahun ini nak akak Zahra khatam al-Quran, nampak gayanya macam tak sempat. Harap-harap awal tahun depan selesai lah dia. Dan diriku pun berharap semoga anak-anak ni berterusan lah membaca al-Quran sebagai panduan hidup mereka. InsyaAllah.

2 comments:

Siti Yang Menaip said...

thanks to technology.. banyak benda jadi mudah
lagi2 during pandemic ni..

Nurhayati said...

itula.. asalkan kita tahu memanfaatkan teknologi. Dalam kecanggihan pun byk benda negatif dan fitnah menular. Kena pantau selalu.