Masih belum habis cerita bulan Mac yang lepas. Banyak kami keluar makan rupanya :) Dan sekarang ini ai dah rindu nak keluar makan-makan. Lama pula rasa berkurung kali ini. Yang pasti minggu depan anak-anak dah mula PdPR semula. Kali ini lama anak-anak berPdPR kan. Ya Allah semoga diriku diberi kekuatan hahaha.. Okay berbalik pada cerita yang sepatutnya :p Kami berjalan ke Paradigm Mall. Pergi ke sana untuk makan tengahari di Sushi Zanmai, enZaf teringin nak makan sushi.
Sementara beratur menunggu masuk ke dalam restoran, apa lagi ambil gambar lah. Lama juga kami berdiri kat luar ini, restoran menjaga SOP. Meja diselangkan untuk mengelakkan orang ramai dalam satu masa, itu yang terpaksa menunggu. Ikutkan hati ai cari makan tempat lain tapi anak-anak ini dah eksaited nak makan sushi. Paksa rela la gitu.
Disebabkan meja panjang hanya ada satu, kami dibenarkan makan jika diasingkan kepada dua meja. Nak duduk satu meja boleh tapi kena menunggu pelanggan kat meja panjang tu habis makan. Malas nak menunggu lebih lama, jadi enZaf setuju sahaja kami duduk berasingan asalkan tidak jauh sesama sendiri.
Qaireen sepatutnya duduk dengan ai, entah kenapa hari itu nak duduk dengan Daddy dia. Bagus juga dapatlah Mummy dia makan dengan tenang dan aman hehehe.. Thank you enZaf sudi melayan si kenit tu. Dan peneman ai adalah Aliah. Kira macam berdating pula. Sambil makan tu dapat lah ai berborak dengan dia.
Tak semua gambar makanan ai snap. Mana yang sempat saja. Selebihnya menikmati makanan dan berborak.
Selesai makan kami pergi ke Cotton On Kids, beli sedikit baju untuk anak-anak dan masuk dalam Kaison. Masuk dalam Kaison ni pasti keluar tanpa tangan kosong. Ada je rasa nak membeli ;) Sempat ambil gambar atas escalator. Mujur tak tergolek hihi..
Masa tengah lalu kat area Kaunter Pertanyaan, nampak orang tengah pusing roda Lucky Draw. Saja-saja ai ke sana nak tengok, rupanya kalau spend RM100 ke atas dapat buat spin kat lucky draw wheels tu. Memandangkan dah cukup syarat, apa lagi ai pun suruh la anak-anak buat, Aliah dan Ariq yang eksaited nak pusing tu. Akak Zahra dia pergi tengok buku. Kat sebelah Kaunter Pertanyaan tu ada booth jual buku-buku cerita.
Kami dapat voucher apa entah macam untuk kedai emas ke kedai aksesori. Tapi ai minta tukar sebab tak rasa nak beli emas dengan voucher tu hahaha.. Dapat tukar dengan voucher Tea Live. Jadilah dan voucher tu pun dah pakai masa pergi One Utama [link]
Sebelum balik rumah enZaf ajak minum di Starbucks. Dalam Kaison tu Ariq ada beli bantal. Dia pilih carrot hehehe..

No comments:
Post a Comment