Sunday, June 27, 2021

Rindu


Dari siang tadi pasang niat nak gosok baju, sampai ke tengah malam tak buat-buat pun. Entah kenapa malas sangat. Nak gosok tu baju enZaf je pun, walaupun tshirt duduk rumah ai tetap gosok baju dia. Tapi ada baju kerja dia juga ai kena gosok. Masa PKP ada hari-hari yang dia kena keluar untuk urusan kerja. Untuk baju anak-anak bergantung pula pada mood, kalau rajin gosok kalau tak lipat terus hehe.. Dah lama bertangguh, tengoklah esok harap-harap mood rajin tu datang :p

Entah kenapa juga hari ini berasa sedih bila tengok pada angka kes Covid-19. Sejak kita berPKP, tak nampak penurunan yang drastik pada angka tu. Ya Allah besar sungguh ujian Allah bagi ni kan. Yang positif masih banyak lagi dan menyedihkan bila tengok angka kematian. Baru-baru ini ahli keluarga sahabat baikku pula positif Covid-19. Sedih dan hiba bila mereka maklumkan dalam Whatsapp. Semoga ahli keluarga sahabatku dipermudahkan segala urusan dan cepat-cepat sembuh. Bila fikirkan macam ini berkemungkinan besar kita akan sambung PKP lagi. Kita tunggulah pengumuman dari MKN kelak. Sampai bila nak berPKP wallahualam. Semoga kita semua kuat dan tabah dalam menghadapi pandemik ini.

Sekarang ni dah rindu sangat pada keluarga. Semalam bervideo call (VC) dengan Abah, Mak dan adik-adik. Alhamdulillah Mak dan Abah sihat selepas mereka mengambil vaksin dos pertama pada Ahad lepas. Tak screen shot pun masa VC dengan dorang sebab masing-masing tak pakai tudung hehehe.. Bukan ahli keluarga je berVC dengan sahabat-sahabat juga. Lama sangat tak jumpa dan lepak makan minum dengan dorang ni. Kalau bercakap dengan dorang ni sampai 2-3 jam. Banyak betul diborak penuh dengan gelak ketawa tak henti-henti.



Hanya Anis sahaja yang tak dapat join VC kami. Semoga persahabat kami dari bangku sekolah ini kekal hingga ke Syurga. Sayang ketat-ketat. Gambar kat bawah ini pun sahabat yang ku sayang. Sue dan Niza, dua-dua kawan dari tempat kerja. Cuma Niza tu ai dah kenal dari zaman universiti. Masing-masing dah duduk jauh, tempat kerja berlainan. Mujur zaman sekarang ini mudah untuk kita berhubungkan walaupun berjauhan. Semoga persahabatan kami bertiga pun kekal ke Syurga. Aamiin.



enZaf kalau dia keluar ada sahaja la beli macam-macam. Semalam dia beli Oden di Family Mart. Lama tak makan, laju je habis hahaha.. Yang ini dia bawa balik air Bubble Bee. Duduk rumah lama sangat makan je kerja ai. enZaf dah bising suruh joging bagi ai cergas sikit, lemau duduk rumah lama sangat itu la jadinya. Serba serbi malas sudah huhuhu..



Semalam malam juga dia suruh ai pilih bekas atau tray untuk letak dalam fridge. Sebelum ini ai ada beritahu dia yang ai berkenan nak letak bekas susun-susun dalam fridge. Lama dah beritahu tu tapi tak sangka dia ingat hihi.. Ai pun tak ada la desperate sangat nak barang-barang tu. Kalau tak dapat pun tak apa, kalau dapat Alhamdulillah. Sekarang ni tak sabar nak tunggu sampai :p

No comments: