Entry kali ini nak cerita berkenaan projek subjek Seni untuk Ariq masa bulan 3. Eh bulan 3 ke bulan 4 ai pun tak ingat. Projek kali ini bertema Serangga Comel. Murid-murid di minta menghasilkan bahan gantungan berbentuk serangga dengan menggunakan bahan yang terdiri dari pelbagai bentuk. Sebenarnya projek ini perlu dibuat di dalam kelas, memandangkan Ariq tak hadir ke sekolah pada hari itu jadi dia kena siapkan di rumah. Ai pun lupa pula sebab apa dia tak hadir ke sekolah huhu..
Bahan-bahan yang diperlukan semuanya sudah ada di rumah jadi mudah lah untuk menyiapkan tugasan ini. Gambar di bawah ini dia tengah buat pepatung. Senang saja katanya sebab hanya perlu lekatkan sahaja batang aiskrim dan bebola warna itu.
Begitu juga dengan Spider ini pun senang kata Ariq. Tapi buat satu je sebab stainless steel washing ball memang ada satu je kat rumah. Itu pun balance dari Aliah buat dulu di sekolah. Ada washing ball yang lain tapi saiznya agak besar dari yang buat ini, macam tak sesuai pula dengan serangga yang lain.
Yang Spider ini dia buat hari lain. Dua hari dia siapkan serangga ini. Katanya dah penat padahal Mummy tahu dia nak main game. Sabar je lah. Inilah hasil serangga yang dibuat oleh Ariq. Ariq cakap Butterfly tu susah sikit nak buat sayapnya :p Walaupun senget benget Mummy is pejam mata. Asalkan siap sudah.
Selebihnya cikgu Seni minta anak murid sambung buat di sekolah. Perlu bawa hanger dan tali untuk gantung serangga-serangga yang telah di buat. Hasil itu akan diletak di dalam kelas. Masa ambil Ariq balik sekolah, dia beritahu cikgu hanya suruh murid buat serangga satu jenis sahaja iaitu pepatung. Dia seorang saja yang buat macam-macam jenis serangga macam dalam buku teks hehehe.. Aliah pun ada buat projek ini juga masa dia Tahun 3 tapi tak dapat ambil gambar hasil kerjanya sebab dia siapkan semuanya di sekolah dan hasil itu cikgu seninya gantung di dalam kelas. Tak silap ai masa ambil report card dia, ai nampak tersusun hasil seni murid-murid di tepi tingkap tapi tak ambil gambar pun :)

No comments:
Post a Comment