Monday, April 29, 2019

Projek Seni: Parang Ilang Tahun 3



Projek Seni untuk Aliah kena buat parang pula. Parang Ilang Pusaka Abadi namanya. Wah bukan main hebat nama tu hihihi Terasa gagah perkasa gitu.



Kali ini kami pergi ke kedai stationary di Glenmarie Shah Alam. Kemain jauh perginya kan. enZaf la tiba-tiba nak ke sana, sebenarnya agak lama juga kami tak pergi ke kedai ini. Last pergi tak silap ai masa zaman Zahra seorang sahaja yang bersekolah. Tahu kewujudan kedai stationary ini masa ai kerja kat Seksyen 13 Shah Alam. Kedainya masih sama macam dulu juga hehe Tiada yang berubah. Best sebab kat situ besar, macam-macam ada kalau nak mencari bahan.



Walaupun macam-macam ada, tetap bahan yang nak dibeli itu tak cukup rupanya hihi Nak dijadikan cerita, kami ni mak bapak hanya refer satu page je dalam buku teks masa nak beli bahan-bahan, padahal dibelakang muka surat tu, dah ada senaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk nak membuat parang. Ya ampun, punya la sorang pun tak terfikir nak selak mukasurat buku tu. Jenuh ai dok belek bahan apa la nak pakai buat parang tu. Sebab page yang kami tengok itu hanya gambar parang semata.

Ai dapat tahu bahan itu tak cukup pun sebab Aliah la yang beritahu masa balik dari sekolah. Bila tak cukup dia tak dapat nak siapkan parang tu masa di sekolah, jadi cikgunya pesan pada murid-murid yang tak siap perlu sambung di rumah. Minggu depan baru hantar masa subjek Kesenian. Boleh dikatakan bahan utama yang tak dibeli iaitu polisterin. Minta enZaf belikan sebelum balik kerja. Bila semua bahan-bahan sudah ada barulah Aliah dapat sambung balik buat parangnya. Masa dia nak buat itu ai tak dapat nak tolong dia terutamanya nak potong polistrin sebab Qaireen tak berapa sihat. Mengamuk je dia. Nasib baiklah ada Daddy. My life saver hehehe



Dialah yang tolong potongkan polisterin & tali.



Yang lain Aliah sambungkan. Parang tu memang dah siap kat sekolah. Cuma tambahkan polisterin bagi tebal dan touch-up mana-mana yang patut. Design parang itu sama ada nak warna atau letak hiasan semua itu dia buat sendiri mengikut kreativitinya :)



Dan paling menggembirakan, bila dia balik dari sekolah beritahu yang cikgu bagi dia A+. Seronok dia dan bukan main lebar senyumannya. Puas hati :)

No comments: