Tuesday, June 1, 2021

Total Lockdown Satu Malaysia


Rasanya semua rakyat Malaysia sudah maklum bahawa 1hb Jun adalah tarikh bermulanya total lockdown bagi seluruh Malaysia sehingga 14hb Jun iaitu dua minggu. Akibat dari penularan Covid-19 yang semakin meningkat dengan mendadak. Bila tengok kes harian dijangkiti itu meremang bulu roma. Tak terjangkau akal dan fikiran. Betapa ramainya rakyat kita yang selfish tidak endah dengan sop. Bab perihal menteri, golongan kayangan, instafemes dan sewaktu dengannya itu pun satu hal juga. Kalau nak cakap bab ini memang takkan habis. Menyakitkan hati, geram semua ada.

Tapi paling menyedihkan ai bila tengok pada angka kematian. Aduhai lagilah berderau darah dan laju jantung ni. Berapa ramai dah yang kehilangan orang tersayang. Tengok video yang tular kat sosial media yang mana mereka merakam detik-detik orang tersayang meninggalkan mereka, sedih dan hiba hati ini. Salam takziah diucapkan. Semoga ahli keluarga mereka redha dan tabah menghadapi ujian yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Al-Fatihah (dibaca) pada arwah semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Pada kita yang hidup ini sentiasalah berdoa semoga dijauhi dari penyakit berbahaya dan patuhi sop sekiranya berada di luar. Semalam Perdana Menteri kita buat sidang media berkenaan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi, harap2 sedikit sebanyak dapatlah membantu kepada golongan yang terkesan. Oh ya! jangan lupa daftarkan diri dengan vaksin. Jangan percaya dengan cerita karut. Kepada yang sudah ambil vaksin tahniah diucapkan, ai dan enZaf masih menunggu giliran. Gambar di bawah ai ambil dari website Perkim.net.my Sama-sama kita amalkan doa ini ya. Boleh klik pada gambar tersebut untuk besarkan saiz :)



Pada minggu lepas enZaf bawa balik Playstation 5 (PS5).



Ai ingatkan dia tak jadi beli, rupa-rupanya beli juga. Lama dah dia order, baru sekarang dapat. Memang elok pula timing dapat tu kan nak lockdown ni. Patutlah hari dia ambil PS5 ini dia ada call ai beritahu kat The Curve. Tanya ai ada nak beli atau pesan apa-apa. Kalau lah ku tahu dia ada bawa balik PS5, pesan beli Pandora ke Habib Jewels ke kan hahaha.. Selamat berPKP semua!! #kitajagakita

No comments: