Sunday, June 13, 2021

Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2021


Sekejap sahaja cuti dua minggu. Tapi cuti pun tak rasa macam cutikan sebabnya kita duduk rumah tak ke mana pun hihi.. Kalau nak diikutkan hari Ahad hari ini, hari akak Zahra kena balik ke asrama semula. Memandangkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah pun mengeluarkan keputusan bahawa PdPR terus berlangsung sehingga 17hb Julai dan PKP pun bersambung lagi untuk dua minggu bermakna akak Zahra masih berada di rumah lagi hehe.. Seronok ada sedih pun ada juga sebenarnya. Ai lebih suka dia kat sana supaya dia lebih fokus walaupun Mummy dia tak dapat tidur terkenangkan dia di asrama tu :p Okay disebabkan dia tak balik ke asrama maka ai nak buat entry masa kami hantar dia untuk Pendaftaran Tingkatan 1. Tarikh 6hb April adalah tarikh hari pendaftaran dia di sekolah. Gambar di bawah ini adalah barang-barang yang perlu di bawa ke sana. Tak termasuk uniform sekolah yang ai dah siap iron dan sangkut dengan hanger.



Bila kemas barang-barang dia ni, teringat zaman universiti. Sekarang ini giliran anak pula keluar rumah huhuhu.. Akak Zahra dapat sesi ke dua dalam pukul 11 pagi. Sesi pertama pada pukul 8 pagi, bila tahu dia sesi ke dua lega rasa hati ini sebab tak adalah rushing sangat nak ke sana. Sempat lagi ai ambil gambar dia sebelum keluar. Dia pun sempat lagi makan biskut kering, nak makan gitu sahaja. Kebiasaanya dia cicah dengan air milo panas.



Ngam-ngam muat semua barang dalam bonet. Masa nak keluar ini pun terjumpa dengan jiran yang sama juga nak hantar anak ke sekolah asrama untuk pendaftaran baru. Cuma sekolah sahaja yang berbeza :) Kami bertolak dalam pukul 8:40 pagi.



Perjalanan kami nak ke sekolah mengambil masa dalam 45 minit. Itu pun masuk highway, kalau jalan biasa lebih kurang 1 jam lebih. Alhamdulillah perjalanan berjalan dengan lancar. Perasaan ai masa dalam kereta ini tak dapat digambarkan. Bercampur baur iya lah nak tinggalkan anak bukan satu perkara yang mudah untuk dibuat. Sempat kami breakfast dahulu di salah satu restoran sekitar Batang Kali. Selesai makan kami terus ke sekolah dan berhenti di pagar utama sebelum menunggu waktu pendaftaran bermula. Sementara kami kat pagar utama tu, sempat ai ajak enZaf dan akak Zahra keluar untuk bergambar :)



Laju-laju ambil gambar sebab belakang ai tu penuh dengan kereta yang turut sama-sama menunggu nak masuk dalam sekolah. Malu tapi buat-buat tak malu demi untuk mengambil gambar hahaha.. matahari pun dah menegak, susah nak buka mata dan senyum hehe... Sesi ke dua dibenarkan masuk setengah jam awal memandangkan sesi pertama sudah selesai sepenuhnya membuat pendaftaran. Drop akak Zahra di dewan untuk pendaftaran, memandangkan kita masih dalam keadaan pandemik ini hanya pelajar sahaja dibenarkan membuat urusan pendaftaran. Mereka akan dibantu dengan pelajar senior untuk proses tersebut. Kami hanya menunggu di dalam kereta di perkarangan dewan.



Ada video masa dia nak keluar dari kereta untuk ke dewan :)



Tak lama sangat menunggu dalam 10 minit sudah selesai semuanya. Ai pun dah susun siap-siap segala dokumen dalam satu fail. Memudahkan cikgu meneliti setiap borang yang dikehendaki. Rasa bangga pula bila tengok akak Zahra pandai uruskan semuanya, besar dah anak Mummy :) Kadang-kadang ada hikmah juga jadi macam ini kan. Kita kena letakkan sepenuh kepercayaan pada anak yang mereka mampu uruskan perkara seperti ini. Kalau tak disebabkan pandemik, penuh ibu bapa dalam dewan itu riuh rendah hehe..



Selesai pendaftaran kami dikehendaki menuju terus ke bangunan asrama puteri (aspuri) untuk penghantaran barang. Sampai sahaja di sana, akak Zahra akan disambut dengan salah seorang senior untuk membantu mengangkat barang dan mengambil barang-barang di koperasi. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan asrama. Semuanya diuruskan oleh anak dan senior mereka.



Gambar di bawah ini adalah kakak senior yang membantu Zahra menguruskan segala kelengkapan di dalam asrama. Namanya Siti Shahirah pelajar Tingkatan 4. Baik orangnya, cakap pun lembut je. Dia akan membantu Zahra sepanjang berada di sekolah, secara tak langsung mereka ini menjadi kakak angkat sekolah.



Terima kasih Shahira bantu Zahra, banyak trip juga naik turun tangga nak hantar barang ke dorm hihihi.. kami ada belikan beberapa coklat semalam untuk Shahira sebagai tanda terima kasih. Awal-awal lagi kami sudah dimaklumkan pelajar senior akan membantu mereka, itu yang ai terfikir memberi sedikit buah tangan gitu :)



Sempat ambil video masa akak Zahra masuk ke dalam aspuri. Gegar-gegar tangan ai sebab satu tangan je nak zoom bagi dekat, satu tangan lagi dukung Qaireen. Nak berdukung pula dia masa tu.



Kami pun tidak dibenarkan berada lama di sekolah. Selesai sahaja barang-barang dihantar ke dorm ai terus ajak bergambar. Masa ini dalam pukul 11.30 pagi, cuaca agak panas. Matahari pun hampir menegak sudah. Ariq sampai susah nak buka mata sebab panas katanya huhuhu..



Berwiefie bersama dengan Shahira ;)



Terakhir semestilah gambar kami sekeluarga. Terima kasih sekali lagi Shahira yang tolong ambilkan gambar ini.



Lepas bergambar terus peluk-peluk dan cium akak Zahra. Banyak juga pesanan ai bagi kat dia. Biasalah mak mak kan hehehe.. Itu pun laju-laju. Proses pendaftaran ini berlaku dengan pantas. Tak sempat ai nak bersedih bagai. Selesai macam itu je, sedar tak sedar air mata ai mengalir masa di dalam kereta ketika keluar dari pintu pagar sekolah. Ya Allah, masa tu baru hati ini terasa sedih dan hiba. Pertama kali anak berjauhan. Ai pun kena terima dan redha demi masa depan dia. enZaf pun dah pesan kat ai supaya tahan air mata. Dia tak nak Zahra sedih tengok ai menangis. Akak Zahra pun ai tengok dia tenang saja. Lagi pun memang dia dah berhasrat nak duduk asrama, tiada paksaan jadi itu mungkin salah satu faktor dia kuat dan sudah bersedia. Tak macam Mummy dia jenis sensitif dan mudah meleleh air mata huhu.. Oh ya sempat enZaf ambil gambar masa nak peluk-peluk dengan Zahra sebelum balik.











Sebelum balik rumah, kami singgah One Utama untuk makan tengahari. enZaf ajak makan steamboat di Johnny's Restaurant. Lama tak makan situ. Masa tengah makan pun teringat kat akak Zahra. Sejak saat itu, memang Mummy dia tak boleh tidur dan menangis mengenangkan anak sulong dia yang berjauhan. Masa itu ai fikir macam inilah perasaan mak masa ai keluar belajar dulu. Setiap hari berdoa semoga dia sentiasa dilindungi dan dipermudahkan sepanjang berada di asrama. Sekarang ini dia duduk di rumah, suatu hari nanti dia pasti akan balik ke asrama juga. Perasaan itu pasti berulang kembali seperti pertama kali hantar dia ke asrama kelak.

No comments: