Tuesday, June 8, 2021

Birthday Zahra yang ke-13


Ya Allah punya la dah lama birthday akak Zahra, baru sekarang Mummy nak masukkan dalam blog. Dari bulan Mac sampai dah masuk bulan Jun hihihi.. Tengah belek gambar dalam handphone, baru sedar tak cerita lagi makan-makan ini. Birthday Zahra 17hb Mac itu jatuh pada hari biasa iaitu hari Rabu, kami ada keluar makan masa tu di One Utama [link]. Memandangkan hari tersebut merupakan hari anak-anak bersekolah maka makan-makan itu ditangguhkan pada hujung minggu. Untuk makan kek ini kami ke tempat biasa di Bisou, One Utama. Kalau ke Bisou tak sah tak order Rainbow Cake.



Mood dia hari itu tak nak pakai shawl, nak pakai tudung bawal pula. Bulat muka macam Mummy kalau pakai tudung bawalkan hehehe.. Happy Birthday kakak!! Mummy sentiasa doakan yang terbaik buat kakak di dunia dan akhirat. Gambar di bawah gambar bersama adik-beradik. Qaireen sorang tak pandang kamera. Geram banyak kali panggil tak tengok pun. Bertuah sungguh la.



Bergambar dengan Daddy.



Dan semestinya la bergambar dengan Mummy juga.



Terakhir bergambar wefie beramai-ramai. Qaireen masih tak nak pandang kamera huhuhu.. Wefie ni pakai kamera enZaf yang memang dah auto beauty. Ai tak suka betul ambil gambar yang ada filter macam ni, nampak tak real.



Sebelum kami makan kek di Bisou ini, sempat singgah dulu kedai Swatch. Nak gantikan bateri jam tangan Aliah. Ai suka jam tangan Swatch ini, designnya cantik-cantik dan warna pun menarik. Harga pun berpatutan. Pakai jam Swatch ini dari zaman sekolah menengah lagi. Lagi satu tukar bateri jam ini adalah percuma, tiada bayaran yang dikenakan.



Sambil menunggu bateri jam Aliah ditukar, sempatlah ai tengok-tengok jam Flik Flak. Minta SA disitu keluarkan satu jam dan ai cuba pada tangan Ariq. Nak tengok sesuai ke tidak dengan tangan dia. Memandangkan tangan dia tu halus je, kalau pakai besar-besar tak sesuai pula. Dalam mencuba itu, Ariq bersuara dia suka dengan jam tangan yang dipakainya. Ai pun suruh la dia cakap dengan Daddy dia yang dia suka. Tak sangka pula Daddy dia cakap belilah. Apa lagi sengih lebar la anak bujang tu :)



Dalam banyak design yang ada, dia pilih yang ada Dinosaur berwarna hijau. Jam dia yang sedia ada warna merah. Yang itu jam Lego, Daddy dia beli kat Uptown. Murah saja dalam RM10. Jam Lego tu dia pakai di sekolah, jam Flik Flak ni pakai masa keluar jalan. Bawa yang mahal ke sekolah mahu hilang nantikan. Birthday orang lain, tapi orang lain dapat barang :p Eh! sebenarnya hadiah Zahra dah dapat awal sebelum tarikh birthday dia lagi. Daddy dia belikan keyboard. Ai ada ambil video akak Zahra main keyboardnya. Nanti masukkan video pula dalam blog.

Video di bawah ini masa kami tengah menyanyi lagu Birthday kat akak Zahra. Malu-malu dia hihi.. Qaireen pula marah sebab Daddy dia ambil handphone jauh dari dia huhuhu.. sabar je la anak bongsu ni sorang :p


No comments: