Friday, June 25, 2021

Lap Habuk


Fuh! terasa lama pula tak bersiaran :p Alhamdulillah bengkak di bawah ketiak semakin surut. Walaupun masih ada bengkak sedikit tapi sakit tu dah hilang. Masa bengkak tu tengah sakit ai sampai demam seram sejuk. Satu hari setengah juga badan lemah. Tiba-tiba teringat macam bengkak susu pula. Minta simpang kalau kena bengkak susu, sakit tu perit sangat. Disebabkan dah tak sakit bengkak tu, badan rasa segar dan mula aktif seperti biasa. Jadi hari ini buat entry pun santai-santai saja. Eh macamlah sebelum ni seriuskan hahaha.. Kali ini terlebih rajin sikit sebab lap habuk dalam kabinet.



Tapi kan hairan macam mana habuk boleh masuk dalam kabinet. Bila tengok atas kaca tu betapa tebalnya habuk. Nampak sangat ai lama tak mengelap hehehe.. Selalu terlepas pandang kabinet ini. Jarang tengok itulah jadinya. Ai konfiden konon kabinet tertutup ni tak kotor agaknya. Sangkaan itu meleset.



Eh pernah cerita pasal lap habuk juga kat kabinet ini, bila search semula nampak tahun 2015 [link]. Dalam 5 tahun lebih kalau betullah itu kali terakhir ai lap habuk hahaha.. Bila dah selesai mengelap dan mengemas semua barang baru rasa lega. Kilat dan sinar memancar hehehe..



Lama juga ai mengadap nak mengelap semua ini. Kena keluarkan satu-satu dan susun semula. Dengan anak-anak pun sibuk nak tengok, sorang-sorang tanya mana dapat barang itu barang ini. Sambil membersih tu sambil melayan soalan dorang hahaha.. Tapi bagus juga kira macam salah satu Quality Time dengan anak-anak.



Bila tengok balik pada kabinet ni, nampak suram dan gelap sahaja. Ai nak request kat enZaf beli cordless led light untuk diletakkan dalam kabinet macam gambar kat bawah ini.



Gambar ini ai ambil dari carian Google. Bila ada lampu tu barulah nampak segala barang-barang yang ai susun dalam tu. Cantik lah sikit nanti :) Tak silap ai harganya murah sahaja dalam RM3 satu dah boleh dapat. Tapi tak apa kita tunggu sale 7.7. Nak murah macam mana lagikan, silap-silap shipping cost lagi mahal dari beli barang hahaha..

No comments: