Monday, June 21, 2021

Tak Berapa Sihat


Uish dua tiga hari menjak ni ai sibuk betul hehehe.. sibuk dengan kerja sekolah anak-anak. Macam biasa lah kan bila PdPR ibu mana yang tak sibuk. Ai yang surirumah ini pun terkejar-kejar nak monitor kerja sekolah dorang, apa entah lagi kalau ibu-ibu berkerjaya ni. Lagi lah tak boleh nak bayangkan. Tahun ini ada berbeza sedikit bagi ai, untuk akak Zahra dah kurang sikit monitor. Sejak dia masuk sekolah menengah ini, ai sekadar tengok-tengok dia sahaja. Nak bantu lebih pun tak berapa pandai, silibus dorang agak susah. Lainlah Aliah dan Ariq, silibus sekolah rendah boleh juga la nak tolong. Sekolah menengah ai tolong tengok je la hahaha...

Cuma baru-baru ini ai ada involved bantu kerja sekolah Zahra. Guru subjek Sains ada bagi tugasan yang kesemua pelajar perlu menyediakan satu laporan dan video pembentangan tentang laporan yang dibuat. Bila ai tengok dan baca panduan tugasan tu, dah macam masuk universiti. Nak tak nak kena la tolong akak Zahra sebab ini pertama kali nak buat assignment sebegitu rupa. Dah selesai assignment, kami buat slide presentation pula untuk dia bentangkan nanti. Secara tak langsung dia belajar Microsoft Word dan Microsoft Power Point. Ai pun dah lama tak guna Ms Word dan PP ni. Nasib baik skill masih ada lagi :p Alhamdulillah malam tadi dah siap kesemua tugasannya. Lega rasa haha.. kerja sekolah anak siap tapi Mummy dia yang legakan. Baru otak ini rasa tenang sebab tiada kerja sekolah yang tertunggak. Kalau tak rasa susah hati.

Sejak dari itu badan ai dah mula-mula sakit. Rasa belakang badan macam nyeri, pedih-pedih gitu. Tambah dengan tak cukup tidur. Qaireen pula masih ikut timezone US. Walaupun ai dah bagi dia macam-macam cara dengan bagi main sampai letih, Qaireen tetap tak nak tidur awal huhuhu.. Dia akan tidur bila nak masuk waktu Subuh. Itu sekarang ini dah pukul 3:40 pagi ai buat entry hehehe.. Qaireen pula tak bagi ai tidur, bila ai tutup mata dia menangis huarghhh sabar je lah. Pagi nanti akak-akak dia ada online class pula. Bertabah dan bersabarlah Mummy demi sikecik ini. Oh lately ni ai perasan bawah ketiak ai sebelah kiri bengkak. Sebelum ni dah perasan bengkak tapi tak sakit. Tapi semalam dah mula rasa sakit. Cuba juga pegang bengkak tu tak ada ketulan atau biji apa-apa. Ianya bengkak semata. Cuma bila dah mula rasa sakit ni nak buat kerja pun tak berapa kuat tangan tu. Rasa sengal-sengal. enZaf pesan lagi dua tiga hari ini kalau masih sakit, dia ajak buat check-up huhuhu.. Harap-harap tak ada la yang serius.

No comments: