Sunday, February 15, 2015

Terlebih rajin


Bila mood rajin kita datang, cepat-cepatlah laksanakan tugas itu. Jangan dilengah-lengahkan. Tapi masalahnya mood rajin tu datang pada pukul 11.20 malam. Kegilaan apakah ini hahahaha.. Disebabkan kerajinan itu datang, maka ai mengelap habuk di dalam kabinet. Dalam tu ai simpan segala souvenir dan door gift yang dapat. Eh yang cantik-cantik sahaja simpan :p



Rasanya hampir setahun tak mengelap habuk ni. Untuk bahagian atas ai tempatkan jenis kristal. Bahagian tengah pula jenis ceramic yang kebanyakkan dapat dari wedding. Manakala bahagian bawah sekali adalah souvenir dari kawan-kawan bagi masa dorang balik dari holiday dan ada sedikit wedding door gift bercampur kat bahagian itu. Tak muat nak letak kat tengah :) Dalam banyak-banyak ni, ai paling suka yang souvenir. Terharu sebab walaupun kawan-kawan pergi holiday mereka tak lupakan kita. Jadi ini adalah tanda atau cara ai menghargai barang-barang kawan bagi dengan simpan rapi dalam kabinet.



Oh ai suka betul pada labu sayung dan tembikar macam gambar kat atas ni. Dapat ini dari wedding door gift. Selesai mengelap dan menyusun dalam pukul 1 pagi. Itu pun mata masih belum mengantuk lagi, dan ai terus update masuk dalam blog :) Memang terlebih rajin sangat la pula hihihi..

1 comment:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

alamak.. has pun dah lama x laplap. hehe. has mmg suka pasu2 kecik cam ni. benda2 kecik2 comel, biasa dpt org bagi doorgift