Semalam kami makan tenghari di Khan's Indian Cuisine bersama-sama dengan family ai dan family Fahmi. Makan-makan ini ditaja oleh adik ai Nani sempena dia dapat confirmation di tempat kerjanya. Syukur Alhamdulillah, dalam keadaan kita menghadapi pandemik ini, Allah murahkan rezekinya. Mungkin ia juga salah satu antara rezeki berkahwin :) Nani ajak kami semua makan di Khan's Indian Cuisine, Bangsar South. Pertama kali ai makan kat sini tapi banyak kali enZaf dah makan di Khan's ini dengan customer dan clientnya huhuhu.. sampai hati tak bawa kita makan kat sini kan :p Kami orang yang paling lambat sampai hahaha.. sampai-sampai je terus makan. Nak ambil gambar makanan pun laju-laju dua tiga kali snap je, ai is pemalu sebab ada parents Fahmi. Dah la duduk depan mereka berdua ;)
Nampak nasi kat atas pinggan ni macam sikit tapi banyak sebenarnya. Pinggan itu yang besar sangat dan berat pula tu hahaha... dalam nasi tu ada ayam, kambing, daging semua enZaf letakkan. Ya ampun nampak macam gelojoh pula rupa tu :p Ada banyak lagi lauk menyusul atas pinggan tu tapi ai tak ambil gambar dah sebabnya Qaireen pakai handphone.
Suka ai dengan persekitaran dalam restoran ini. Sangat selesa, bersih dan eksklusif. Makanan pun sedap-sedap bagi ai. Lama juga kami lepak dan berborak. Seronok dapat gathering beramai-ramai kecuali keluarga adik ai Hana sahaja tak ada sebab tak boleh merentas negerikan. Kalau dia ada pasti lebih meriah dan gamat. Gambar-gambar kat bawah ini dari handphone Fahmi.
Lepas makan di Khan's ini kami pergi ke One Utama. Mencari pakaian untuk akak Zahra. Sempat ambil gambar dia masa Daddynya tengah membayar di cashier.
Selesai membeli terus enZaf ajak balik sebab dia ada meeting dengan supplier. Sebelum ke parking kereta, sempat beli air sebagai bekalan hahaha.. bekalan la sangatkan. Aliah muka gembira dapat air Tea Live. Dia memang peminat air Bubble Tea ni. Beli pakai voucher Tea Live masa dapat di Paradigm Mall.
Oh ya, terima kasih buat adikku Nani belanja kami satu keluarga makan sedap di Khan's Indian Cuisine. Semoga melimpah ruah rezeki untuknya selalu.

No comments:
Post a Comment