Thursday, April 29, 2021

Kisah Hari Rabu Bulan Tiga


Salam Nuzul Al-Quran buat semua. Hari Nuzul ini kami berbuka di Sg. Buloh. Sebelum itu pergi Giant beli donut di JCo dan kek di Secret Recipe. Buat tambahan sedikit makan-makan di sana. Lama tak update blog. Malas pun ada juga tapi ini gigih juga la buat satu entry. Masukkan cerita bulan lepas :) Dah nak masuk bulan 5, bulan 3 punya cerita pun tak habis lagi huhu... Kali ini nak cerita kisah siang hari pada 17hb Mac. Tarikh 17hb Mac itu merupakan harijadi kelahiran anak sulong iaitu Qasrina Zahra :) Memandangkan tarikh itu pada hari Rabu jadi tiada apa perancangan di buat, lagi pun anak-anak bersekolah seperti biasa. Rutin ai dan enZaf lepas hantar Aliah ke sekolah, kami akan singgah breakfast sebelum balik rumah. Qaireen memang tinggal dengan akak Zahra di rumah sebab masih tidur. Ambil peluang sementara akak Zahra ada dirumah dapatlah kami dating sekejap ;)



Selalu breakfast kat Medan Selera Mutiara Damansara tapi hari itu ai terasa nak makan Nasi Kerabu. Gerai tepi jalan dekat sahaja dengan rumah. Habis makan kami terus balik rumah, kebiasaanya ai akan masuk dapur untuk masak tengahari tapi enZaf cakap tak perlu masak dia ajak makan di luar lepas hantar Ariq ke sekolah. Yeyy.. bila kata tak payah masak tu gembira macam apa je :p Syukur Alhamdulillah. Kami tak pergi jauh mana pun, hanya ke OU sahaja.



enZaf teringin nak makan kat Teppanyaki. Eh giliran dia pula yang teringin, pagi tadi ai yang teringin.



Sementara menunggu makanan sampai seperti biasa, ai ambil gambar anak-anak. Birthday Girl yang sudah masuk usia 13 tahun. Besar dah anak dara ini. Macam tak percaya pun ada. HAPPY BIRTHDAY QASRINA ZAHRA!!



Ambil gambar Daddy dia, buat muka pula. Jadi kita snap saja lah. Simpan dalam blog ini, nanti bila dia baca tengok lah muka sendiri tu macam mana rupakan. Eh baca ke?! Dia tahu ai ada blog tapi dia tak pernah buka hihihi...



Aliah yang diva tak berapa diva sangat dah. Bila hari malas dia datang, rambut pun dah tak terurus huhu... Tak suka pakai seluar jeans atau skirt atau apa-apa seangkatan dengannya. Suka pakai leggingss sahaja bila keluar. Geram juga kadang-kadang dengan dia ini sebabnya leggings yang koyak kat lutut juga nak pakai. Itu pun dah banyak yang koyak ai dah ketepikan. Beli baru pun banyak, koyak juga. Lutut tajam budak ni :p



Qaireen pula tak bagi Mummy ambil gambar dia. Suruh pandang kamera macam itu lah susah sangat. Ada 4 keping ai snap ini je la yang paling okay, lain semua blur. Tak duduk diam.



Sempat snap satu masa tengah makan. Semua nak makan Chicken Teppanyaki hari itu. Gyoza tu wajib order juga setiap kali ke Teppanyaki, favourite enZaf. Ada Chawan Mushi tapi tak masuk pula dalam gambar.



Fuji Snow khas untuk akak Zahra. Tak makan kek kita bagi dia ais kisar saja lah hehehe... Tunggu hari minggu baru sambut harijadi dia, lagi pun Ariq tak ada tak complete gitu.



Selesai makan kami pusing-pusing sekejap dalam OU. Dapat singgah Zara, lama betul tak masuk dalam ni. Sebelum tu ai ada tanya enZaf nak beli satu helai baju, dia bagi green light itu yang laju masuk dalam tu kan hehe.. Hari jadi akak Zahra tapi Mummy dia yang dapat beli barang, thank you enZaf!!



No comments: