Wednesday, March 17, 2021

Ikan Bakar Muara Anjung Batu, Melaka


Jika kita pergi bercuti ke tempat orang tak sah kalau tak buat jalan-jalan cari makan kan. Di Melaka selain dari masakannya yang terkenal dengan Asam Pedas, Ikan Bakar juga merupakan senarai wajib bagi kami kalau singgah atau bercuti di sana. Kali ini enZaf bawa kami pergi ke tempat yang belum lagi ai dan anak-anak makan iaitu Ikan Bakar Muara Anjung Batu. enZaf tahu kewujudan kedai makan ini masa customernya bawa dia makan di sini ketika outstation. Tidak ramai orang luar tahu kedai makan ini hanya penduduk kawasan setempat ini sahaja.



Sebelah kedainya ada sungai, lama tak tengok sampan dan air laut nun hujung di sana. Tak berapa nampak pula hihi.. :)



Muka Aliah yang keletihan. On the way ke sini dia tidur. Penat sangat kami berjalan kat bandar ke sana sini. Bukan dia je yang tidur, semua anak-anak tidur jua. Masa ini Qaireen seorang je yang tak bangun, ai terpaksa dukung dia. Bila letak dia nangis huhuhu... Gambar-gambar kat bawah ini gigih ai snap dengan tangan sebelah pegang Qaireen.



Ariq tak sempat tunggu lauk ikan. Dia dah lapar sangat. Di Melaka kalau kita makan ikan bakar memang dihidang bersama dengan nasi lemak bungkus. enZaf memang suka kalau makan dengan nasi lemak, favourite dia.



Akak Zahra ini geng baik gaduh Mummy. Ai memang suka mengusik dia lepas tu dia stress hahaha.. Dia ini jenis pendiam, susah kalau nak berborak dengan dia berbeza dengan Aliah. Itu yang ai suka sangat menyakat dia.



Okay, sekarang ini ai dah tak ingat lauk apa yang enZaf order hahaha... Nak tanya dia, dia tak ada pula kat rumah ini, tak balik kerja lagi. Macam Ikan Siakap Masak 3 Rasa.



Yang ini ikan apa tak ingat dan ia masak Sambal. Lauk ini paling win. Ai suka sangat, sedap betul.



Sotong Goreng Tepung permintaan Aliah. Favourite dia ini kalau makan seafood. Dia buat ratah saja. Tak order banyak pun, lebih pada meratah.



Alhamdulillah kenyang kami makan malam tu. Ikannya sedap dan fresh. Nasi lemaknya pun sedap. Rasa lemak pada nasi itu dan sambalnya manis-manis pedas. Orang pun tak ramai sebab datang pada hari biasa. Tenang je. Kedai makan pun bersih je, sama macam kedai makan ikan bakar di Muara Sg. Duyung. [link]



Masa nak balik berjalan ke arah kereta, sempat ai snap sekali lagi dekat sungai ini suasana waktu malam pula.

No comments: