Tuesday, March 30, 2021

Happy 3rd Birthday Qaireen Razia!


Dah nak masuk bulan April, cerita bulan Februari pun tak habis lagi. Masa bulan Februari adalah bulan birthday Qaireen. Pada 21hb Februari genaplah umurnya 3 tahun. Dan masa dan ketika itu dia masih menyusu badan. Pecah rekod untuk ke semua adik beradik hehehe.. sebelum ini Ariq menyusu sehingga umurnya 2 tahun 8 bulan. Oh tapi sekarang ini setelah 3 minggu Qaireen dah tak menyusu badan. Dia sendiri yang cakap tak nak. Ai pun tak ada buat apa-apa sampai nak letak garam la, letak sirap nampak macam berdarah la, macam-macam la orang bagi tips tapi ai tak pernah pun buat macam tu dari anak sorang lagi. Kalau rasa mampu dan masih ada susu badan ai bagi saja. Alhamdulillah kali ini Allah permudahkan urusan proses cerai susu bagi ai dan Qaireen. Sebenarnya sejak dari bulan 2 lagi ai dah berdoa setiap kali lepas solat untuk mudahkan putus susu bagi Qaireen. Masa dalam seminggu pertama Qaireen tak menyusu tu rasa sedih sangat, macam lost pun ada. Ai sampai pernah offer kat Qaireen nak susu ke tak, dia memang cakap "No" :) Dan sekarang ai pun dah redha dan halalkan setiap titisan susu yang diberikan ke atas Qaireen dan semua anak-anak.

Okay, berbalik pada birthday Qaireen. Pada awal perancangan, memang harijadi Qaireen, kami hanya sambut dirumah sahaja. Memandangkan masa itu masih dalam PKPB dan tidak dibenarkan makan diluar, ai pun tempah la kek Qaireen di Ajwa Bakery. Tup tup tup sehari sebelum harijadi Qaireen, ketika sidang media MKN berlangsung telah membenarkan makan diluar lebih dari 2 orang. Apa lagi laju la ai ajak enZaf celebrate kat luar hahaha.. Sebelum tu ambil kek Qaireen seperti yang telah dijanjikan dengan Ajwa Bakery.



Kami tak pergi jauh pun, ke One Utama sahaja. Anak-anak yang pilih tempat nak makan kat Chili's.



Sementara menunggu giliran masuk dalam Chili's, sempat Mummy minta abang Ariq ambilkan gambar Mummy dengan birthday girl. Entah kenapa masa tu Qaireen nak berkepit saja.



Susah betul nak ambil gambar dia, berapa kali panggil suruh pandang camera buat tak tahu je. Makin besar makin mengada pula. Sebelum ni nak bergambar okay saja dia. Sabar je lah.



Haruslah ambil gambar dorang semua.



Qaireen suka dengan Baby Bus. Jadi tahun ini keknya bertemakan Baby Bus. Suka dia bila nampak feveret karektor atas kek itu.



Ini je gambar terbaik Qaireen bersama keknya. Yang lain semua tak pandang langsung.



Qaireen tengah buat flying kiss.



Lebih dari 10 gambar ai snap gambar 4 beradik ni. Dalam semua gambar tu tak ada satu pun yang Qaireen betul-betul pandang camera huhuhu.. sakit jiwa dan geram okay. Berpeluh Mummy ambil gambar dorang hahaha... Nasib baik suara Mummy tak meninggi masa tu, kalau tak habis semua orang pandang.







Qaireen dengan hadiahnya. Daddy dia beli Baby Bus ni kat Shopee ke Lazada ai tak ingat. Yang pasti tak ada jual kat Malaysia ini. Banyak yang jual soft toys tapi Daddy dia tak nak beli yang itu. Akhirnya dia jumpa miniature macam lego Duplo sebab Qaireen suka main yang kecil-kecil macam ni.



Masa Qaireen dapat hadiah ini, dia tak sabar-sabar nak buka kotak tu. Keluar dari Chili's dia suruh Aliah bukakkan. Sebelum keluar dari kotak, Mummy sibuk ajak bergambar dulu dengan hadiahkan.



Kami hanya ambil gambar dengan kek sahaja dalam Chili's ini, lepas tu terus masukkan kek semula dalam kotak. Tak duduk lama dalam kedai, lagi pun tengok ramai orang kat luar tunggu giliran nak makan juga. Oh ada berita sedih hahaha.. eh sedih tapi gelak, dalam huru hara nak bergambar ni masa menyanyi lagu birthday untuk Qaireen ai boleh tak tekan rekod untuk video. Dah hujung nak tiup lilin baru perasan ai tak rekod pun huhuhu.. nak ulang balik memang tak la sebab nak cepat-cepat dah masa tu. Aduhai nampak sangat kelam kabut tu. Oh sebelum balik singgah sekejap masuk Mr. DIY, tak ingat masuk nak beli apa. Dah selesai beli barang terus kami balik rumah. Sempat tu ai dan enZaf bergambar, bagi chance la nak juga. Masa ni tengah tunggu Aliah dan akak Zahra masuk toilet. Thank you Ariq ambilkan gambar Mummy dan Daddy.



No comments: