Wednesday, March 3, 2021

Lunch at Grobok Salai


Tak teringat langsung cerita kami pergi ke Melaka. Kisahnya berlaku pada awal bulan satu, selepas selesai majlis persandingan adikku Nani [link]. Harap-harap masih ingat lagi kami jalan-jalan cari makan di Melaka tu hihihi.. Masa kat sana ai tak berapa ambil gambar sangat :) Oh! sebelum kami sampai Melaka, kami singgah makan tengahari dulu di Negeri Sembilan. Lama tak makan di Sabak Salai. Kali terakhir masa awal tahun 2019 [link]. Rupa-rupanya nama kedai makan ini sudah ditukar kepada Grobok Salai.



Tak tahu sebab apa bertukar nama. Samaada bertukar owner ataupun memang nak rebranding. Setakat ini rasa kesedapan masakannya masih sama dengan sebelum ini. Menu yang dihidangkan pun sama juga. Mungkin rebranding agaknya. Tak kisah la nama apa sekali pun yang penting sedapkan ;) Waktu kami sampai ini dalam pukul 12:50 tengahari, orang pun dah mula ramai datang.



Haruslah ai ambil gambar mereka dulu. Sorry enZaf ai snap masa you tak ready lagi, nak ambil gambar sekali lagi tak kuasa dah hihihi..



Ariq duduk sebelah ai. Dia kalau nampak ada ikan keli goreng, memang tak pandang dah yang lain.



Eh! Qaireen pun mata tak buka habis rupanya. Sama juga tak kuasa nak ambil gambar lagi sekali, snap dengan tangan kiri nak cepat saja :)



Cuaca masa ini agak bahang juga, mana taknya dah tengahari. Matahari pun dah terpacak tegak atas kepala. Kedai ini pula pakai atap zink. Mujurlah dia buat saliran air atas atap tu, jadi tak ada lah terasa panas sangat. Kalau duduk dalam kedai ini rasa seperti hujan sebab dengar bunyi air menitik dari atap. Kami makan laju-laju sebab semakin ramai orang datang, selesai makan terus sambung perjalanan ke Melaka.

No comments: