Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke-2 anak-anak bersekolah secara fizikal bagi tahun 2021. Setakat ini hanya Aliah dan Ariq sahaja yang pergi ke sekolah, akak Zahra akan bermula pada bulan hadapan. Perasaan Aliah dan Ariq nak ke sekolah bercampur baur, gembira ada sedih pun ada juga. Gembira sebab dapat berjumpa dengan cikgu dan kawan-kawan. Kata Aliah, dia rindu nak jumpa BFF. Ariq pun gembira juga tapi dia ada beritahu sedih sebab tak dapat main games lama hahahaha.. sabar je lah. Sejak duduk rumah, ai bagi dia main games lebih masa untuk meghilangkan kebosanan :)
Hari pertama Aliah dah bangun awal mandi dan bersiap. Sampai akak Zahra pun bangun sama juga, dia set alarm takut Aliah tak bangun. Thank you Kakak! Tahun ini ai dan enZaf buat keputusan untuk hantar anak-anak ke sekolah sendiri. Sebelum ini dorang naik van Cik Ros. Hari pertama enZaf free dan dia boleh hantarkan Aliah ke sekolah. Ai pun apa lagi ikut sama juga, Qaireen tinggal dengan akak Zahra sebab dia masih tidur. Disebabkan hari pertama, wajiblah ambil gambar anak-anak sebagai kenangan.
Sempat singgah stesen minyak. Sejak PKP, ai pun dah tak bawa kereta, kereta pun dah jarang bergerak. Menunggu Daddy dia isi minyak, kita ambil gambar Aliah lagi sekali hehe..
Lepas hantar Aliah, enZaf ajak breakfast. Dia bawa ke Medan Selera Mutiara Damansara. Lamanya ai tak makan kat sini. Suka sini sebab makanannya sedap dan murah. Kat sini ada juga makanan pantai timur dan roti canai. Oh ya, roti canai sini RM1 sahaja. Sedap dan ai suka sebab roti canai Melayu ;)
Ini merupakan kali pertama ai keluar tanpa Qaireen. Ambil kesempatan dating berdua dengan enZaf walaupun sekejap sahaja hihi.. Rasa janggal pun ia sebab dah biasa makan dengan anak-anak, tiba-tiba berdua terasa sunyi dan aman hahahaha... Lepas makan ai ingatkan balik rumah terus, enZaf ajak singgah basuh kereta pula. Kita ikutkan saja.
Waktu tengahari, Ariq pula nak ke sekolah untuk sesi petang. Kali ini ai je hantar sebab enZaf dah pergi kerja. Sebelum ke kereta wajib jugalah ambil gambar Ariq :)
Setelah sekian lama, ai bawa kereta. Nasib baik tak kekok hahaha.. Hantar Ariq ini ai bawa Qaireen sahaja. Masa keluar ni, Qaireen masih tak bangun lagi. Lama betul dia tidur. Ai angkat je dia tapi mood dia tak berapa baik. Dia nak berdukung walaupun di dalam kereta. Ai letak dia di kerusi sebelah dia menangis. Terpaksa ai drive dengan letak dia kat atas riba huhuhu..
Tengahari itu, hantar Ariq dan ambil Aliah di sekolah. Pass baton gitu. Alang-alang dah berjumpa ai ajak Aliah dan Ariq bergambar berdua. Laju-laju snap sebab cuaca panas sangat.
On the way nak balik, Qaireen masih bad mood lagi. Ai terus drive ke McDonalds, beli jiwa dia. Dapat toys terus okay dan boleh letak dia kat sebelah huhu..
Gambar di bawah ini pula, masa ai baru lepas ambil Ariq di sekolah. Boleh pula dia minta nak duduk dengan ai dan tidur. Ya ampun, sudahlah bangun lambat sampai ke tengahari, lepas tu petang tidur lagi. Macam dia pula yang pergi sekolah penat sangat hahaha.. Qaireen!! Qaireen!! Kelam kabut sekejap sebab kena drive pakai satu tangan.
Bertabahla Mummy bawa kereta pada hari pertama persekolahan. First time pandu kereta ini lah dia buat perangai. Menduga sungguh. Berbeza pula pada hari ke dua ini, Alhamdulillah Qaireen okay sangat. Tiada adegan kena pegang atau peluk dia ketika drive. Fuhh... hihihi... semoga dipermudahkan buat hari-hari yang seterusnya. Cuaca sekarang tak menentu, bila panas, panas sangat. Bila hujan, hujan turun dengan lebat sampai banjir. Banyakkan minum air bila kita berada di luar ini. Dan sentiasa berdoa semoga anak-anak kita dilindungi dari penyakit dan musibah.

No comments:
Post a Comment