Wednesday, February 14, 2018

Wedding & Ikan Bakar


Sementara menanti kelahiran baby ini, ai cuba update blog sekerap yang boleh. Tiba-tiba semangat rajin datang pula di saat fasa akhir kehamilan ini kan. Entry ini mengisahkan cerita pada bulan Disember tahun 2017 hehehe... cerita tahun lepas masih banyak lagi tak dimasukkan dalam blog huhuhu... Pada 1hb Disember kami sekeluarga pergi ke Johor. Ada jemputan majlis perkahwinan dua pupu ai. Kali ini majlis dibuat 2 pasangan pengantin serentak. Adik beradik seorang abang dan seorang adik perempuan, senang kan sekali harung sahaja. Majlisnya berlangsung pada 3hb tetapi kami bertolak awal dua hari untuk bawa anak-anak berjalan dahulu :)



Tak banyak gambar ai snap, seronok berbual dengan saudara-mara. Lama tak jumpa jadi banyak cerita dibualkan. Selesai majlis persandingan, kami terus balik ke KL. Tetapi untuk Abah, Mak dan saudara lain mereka masih stay di Johor. Ikutkan hati ai, nak duduk lama lagi tetapi esoknya ai ada baby check-up. Dalam perjalanan ke KL, jem teruk sangat di highway. enZaf buka Waze memang kelihatan warna merah sepanjang highway hingga ke Seremban. Ditambah pula dengan accident, lagi lah jem bertambah teruk. Dalam Waze tu siap tunjuk arah keluar highway untuk ikut jalan lama. Disebabkan lama sangat dah kami ini sangkut di dalam jem, enZaf terus ajak ke Melaka singgah makan. Kira makan dinner awal dalam lewat petang gitu. enZaf bawa kami makan ikan bakar di Muara Sg. Duyung.



First time ai datang makan di sini. Kami saja mencuba tempat lain pula selain daripada Ikan Bakar Umbai dan Serkam. Cantik view di sini, ada sungai besar mengalir ke laut. Ambil gambar anak-anak. Ceria masing-masing dapat keluar dan makan. Sembab rasa duduk dalam kereta lama sangat. Bebal punggung hihihi...



Berwefie sementara menunggu makanan sampai.



Antara lauk yang diorder.



Sotong dah nak habis, baru ai terhegeh nak ambil gambar hehe.. sampai masa tengah makan, memang tak pegang dah handphone.



Not bad juga rasa makanannya. Sedap-sedap dan yang pasti licing pinggan. Orang yang datang makan pun boleh tahan ramai juga. Agaknya dorang ni dari highway juga kot, penat jem jadi singgah makan hihihi... jarak dari tol nak ke sini pun tak berapa jauh sangat. Yang paling ai suka ialah kebersihan kedai makan ini. Ai tengok stafnya tak berhenti-henti menyapu sisa makanan yang berterabur atas lantai. Jadi lantai itu bersih, tak melekit dan semut pun tak sempat nak hurung. Cuma orang yang datang makan tu je, cubalah jaga sikit adab makan bagi bersih. Elakkan la makan berterabur atau buang sisa bersepah-sepah. Ini pun satu hal jugakan, tak semua orang ada sikap awareness begini. Syukur dapat tuan kedai yang sangat menjaga kebersihan.

Selesai makan, perut pun dah kenyang kami sambung semula perjalanan kami. enZaf buka Waze untuk lihat samaada masih jem lagi atau tidak, dan Waze pun masih suruh ikut jalan lama. Dari Sg. Duyung ini sehinggalah ke Port Dickson baru Waze tunjuk masuk highway semula. Ingatkan jalan dah clear lepas Port Dickson, rupa-rupanya masih jem lagi. Ya ampun.. macam nak raya pun ada, teruk sangat jemnya.



Kami sampai rumah dalam pukul 2 pagi huhuhu.. Lama betul terasa jauhnya kali ini. Sampai kematu punggung ai hahaha... Itu pun separuh ikut jalan lama kalau memang atas highway je tak keluar mungkin tak sampai lagi agaknya. Kesian kat anak-anak keletihan, jenuh nak kejut dorang bangun masuk dalam rumah. Sampai rumah terus masuk bilik sambung tidur tak sempat salin baju. Semua dah tak larat.

No comments: