Sunday, March 21, 2021

Projek Sains: Model Rangka Manusia Tahun 5


First projek subjek Sains Aliah sejak masuk sekolah secara bersemuka ini. Kali ini cikgunya minta semua murid buat model rangka manusia berpandukan di dalam buku teks. Siapkan di rumah dan hantar tugasan pada minggu hadapan. Nak buat model rangka manusia ini, murid-murid perlu cari gambar dalam internet dan print. Fuh nasib baik senangkan, kalau nak lukis memang kemalasan dibuatnya hihihi... jadi ai suruh Aliah cari sendiri gambar yang mana dia nak dan kemudian ai tolong printkan sahaja. Saja ai tak suruh dia printkan terus sebab nak tengok dulu gambar yang dia pilih, takut tak sesuai pula kan.



akak Zahra ada tolong dia guntingkan tulang-tulang dah selesai Aliah susunkan rangka itu. Mula-mula dia confius sikit mana satu tulang untuk tangan dan kaki. Ai terpaksa tolong dia part susunan tu. Yang lain semua dia buat sendiri.



Dah siap tampal rangka manusia, Aliah buat label pula.



Siap dah projek Sainsnya, Model Rangka Manusia. Eh senget gambar ai snap hahaha..



Haruslah ambil gambar Aliah bersama hasil projeknya. Kertas hitam tu rosak sikit bahagian atas, terkena air jadi menggelembung tapi Aliah pakai je. Harap-harap cikgunya tak kisah la, nak beli baru Mummy dia malas :p Jimat selagi boleh hihi...



Oh ya la, ada satu projek Sains Aliah buat masa PdPR. Terlupa pula ai nak masukkan dalam blog :)

No comments: