Tuesday, March 16, 2021

Muzium Samudera (Flor de La Mar) di Melaka


Masih lagi cerita di Melaka. Dalam banyak kali pergi ke Melaka ini, tahun ini adalah kali pertama kami pergi dan masuk ke dalam Muzium Samudera. Sebelum ini kami hanya lihat dari luar sahaja. Akak Zahra orang paling gembira sekali sebabnya dia amat meminati muzium. Tidak kira muzium apa mesti dia suka. Minah Sejarah dia ni hihihi... Sebelum itu ai letak sedikit informasi berkenaan Muzium Samudara ini.

Petikan dari Perzim.gov.my

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.




Boleh tahan jauh juga kami berjalan kaki ke muzium ini. Tidak dapat tempat parking yang terdekat, enZaf parking kereta berhampiran dengan Menara Taming Sari. Oh menara itu pun kami belum naik lagi, hari itu tak sempat nak pergi. Lain kali kalau ke Melaka nak naik menara tu pula :) Cuaca hari itu alhamdulillah panas terik, berpeluh kami nak sampai ke depan pintu masuk muzium hehehe..



Sempat ai minta akak Zahra dan Qaireen berhenti bergambar sekejap.



Tak sangka kapal ini besar juga bila tengok dekat-dekat. Comel je enZaf disitu. Kagum tengok kecantikan kapal ini dari luar. Lawa sangat.







Best masuk dalam kapal ini, sejuk sebab ada aircond. Cuaca kat luar itu panas terik, bila dapat sejuk-sejuk ini terasa nyamannya. Orang yang rajin baca sejarah semestinyalah dua orang di dalam gambar di bawah, akak Zahra dan Daddynya. Ai hanya jalan-jalan ambil gambar dan video :p







Datang pada waktu hari bekerja, tiadalah ramai sangat orang bersesak. Tenang is good ;) Ajak Ariq bergambar kat replika kapal banyak-banyak belakang dia tu.



Dalam banyak-banyak replika kapal kat situ, yang warna merah ini menarik perhatian ai.





Nasib baik mood Qaireen okay masa kami masuk ke dalam kapal ini. Risau juga tiba-tiba dia menangis ke apa sebabnya dalam kapal ini banyak replika orang. Mana lah tahu dia takutkan. Seronok berlari lagi ada. Mujur orang tak ramai.



Ariq dan Aliah tengok suasana tahanan di dalam penjara disebalik tingkap kaca. Banyak soalan keluar dari mulut Ariq masa ini. Tanya kenapa ada penjara dalam kapal, kenapa orang tu kena tangkap, kenapa kaki dia ada rantai dan macam-macam kenapa lagi hihihi...



Ada juga sekeping gambar ai dalam kapal ini hahaha.. jadilah tapi tak ingat pula siapa yang snap gambar ini, Aliah ke Ariq. Thank you anak!



Tengok rupa bilik Kapten kapal.



Ada 3 tingkat keseluruhan dalam kapal ini. Besar dan tinggi. Selesai berjalan di dalam kapal, kami naik bahagian atas pula. Di atas ini hanya lihat bahagian luaran kapal sahaja, dari situ boleh lihat pemandangan luar. Dok bayangkan di tengah-tengah laut...



Masa nak turun dari bahagian atas kapal ini agak gayat juga, tangganya kecil dan curam. Orang tua memang tak naik atas ni lah sebab bahaya takut tergelincir selain dari kaki tak kuatkan.



Cantik kapal ini ai masih kagum melihatnya.



Masa turun dari kapal ini ada satu section bergambar dengan official photographer. Ai ingat nak ajak enZaf bergambar tapi sayang orangnya tiada, mungkin tengah break. Tiada rezeki huhu.. Dan bila berjalan nak keluar, enZaf nampak ada satu bangunan berhampiran dengan kapal, rupanya ada lagi info sejarah di dalam bangunan itu. Tak berapa perasan sebab tiada sign besar untuk ke arah bangunan itu. Tiada orang pun masuk di dalam, hanya kami sahaja hehehe...



Bab-bab membaca memang serahkan kepada akak Zahra dan Daddynya. Lepas tu dorang explain kat ai hahaha.. Aliah dengan Ariq macam ai, kurang berminat nak baca.





Di dalam bangunan ini ada juga informasi mengenai kehidupan marin.



Gambar di bawah adalah gambar penutup sebelum kami keluar dari Muzium Samudera. Serabai dah Mummy tengok rambut Qaireen itu. Gigih tunjuk tanda bagus kat ke dua-dua tangannya. Itu tandanya recommended by Qaireen untuk orang datang ke Muzium Samudera hehehe...



Lupa pula nak tanya enZaf berapa harga tiket. Yang pasti harganya murah sahaja, berbaloi lah dengan apa yang kita lihat dan pelajari. Ilmu sejarah gitu hihihi... Harga tiket boleh rujuk dalam website Perzim. Maklumat muzium lain pun boleh didapati di dalam website tersebut [link].



On the way nak ke kereta tu, terserempak dengan maskot Minnie Mouse. Qaireen dapat lolipop, tak sangka dia tak takut pun dengan maskot ni. Kalau nak bandingkan dengan kakak-kakak dan abangnya, awal-awal lagi dah lari hehehe..

No comments: