Sambungan hari yang sama dengan entry kami check-in di Hotel Swiss Garden. Selepas solat Maghrib kami keluar ke town untuk makan malam, enZaf bawa ke Makan Avenue. Cuaca malam itu agak sejuk dan berangin, rupanya cuaca hendak hujan. Tempat Makan Avenue ini bersebelahan dengan sungai Melaka. Anak-anak teruja bila nampak ada river cruise lalu sepanjang sungai ini.
Cantik cruise tu waktu malam sebab ada lampu. Sepanjang sungai itu pun cantik juga ada lampu. Nampak terang dan ceria rupanya. Masa tengah berjalan nak ke tempat makan, tiba-tiba hujan turun. Mujur kami dah dekat nak sampai.
Bila masuk ke dalam, boleh tahan ramai juga orang. Tempat duduk pun tak berapa banyak. Jadi kami terpaksa menunggu sekejap sementara ada meja kosong. Alhamdulillah dalam 15 minit ada rezeki meja untuk kami. Disebabkan ini merupakan kali pertama kami makan di sini, jadi kurang tahu apa makanan yang sedap untuk di makan. enZaf pun order sahaja apa yang ada :)
Tengok review orang, wajib cuba Cendol Kampung Hulu Melaka. enZaf order dua, satu yang ada durian. Dan satu lagi ada aiskrim. Boleh tahan sedap juga. Yang pasti habis hehe..
Macam-macam enZaf beli makanan. Ai pun sampai dah lupa nama makanan yang diorder. Di sini semuanya self-service. Kesian juga kat enZaf sebab ke sana sini order, ambil dan hantar makanan. Tengok dia kepenatan begitu juga dengan anak-anak. Petang mandi swimming pool agak lama, itu yang semua nampak dah tak larat. Walaupun letih makan tetap kena makan.. kelaparan dah semuanya :)
Ada kacang pool juga di Melaka. Rasanya masih tak boleh lawan Kacang Pool Haji. Mushroom soup depan tu sedap, cicah dengan Garlic Bread waktu cuaca hujan sejuk-sejuk ini memang mengasyikkan.
Makanan kat gambar bawah ini ai tak ingat apa. Macam Roti John pun ada tapi ditambah dengan Cheese. Sedap juga tapi tak banyak ai makan sebab muak. Perut dah full pun ia juga.
Ada Cheesy Fries tapi tak nampak pula Friesnya hehehe..
Alhamdulillah, not bad juga makanan kat Makan Avenue ini. Tengok semua makan habis itu kira sedap la kan. Kat sini bukan ada Cendol Kampung Hulu Melaka semata, macam-macam pilihan gerai makanan pun ada. Dalam ni pun turut ada gerai menjual cenderahati, baju dan macam-macam lagi.
Qaireen pula masa menunggu Daddy dia beli makanan, dia tidur pula. Padahal masa kat kolam tu dia boleh tertidur, malam ini kami pergi makan pun tidur lagi. Penat sungguh dek penangan mandi kolam hihihi... Kami dah habis makan dan nak balik baru dia bangun. Sabar je lah. Sebelum tu ai dah kejutkan dia, ajak makan tapi dia tak sedar langsung. Daddy dia tapaukan makanan untuk Qaireen makan kat bilik hotel nanti.
Bila nak keluar dari Makan Avenue, cuaca masih hujan. Boleh dikatakan dari siang kami sampai Melaka sampailah malam cuaca hujan on off. Harap-harap esok cuaca elok, barulah dapat berjalan lagi.

No comments:
Post a Comment