Percutian kami di Melaka ini, enZaf booking Hotel Swiss Garden. First time kami tidur di sini. Kedudukan hotel ini berada di kawasan bandar Melaka Tengah. Jadi mudah lah nak ke mana-mana bila dalam bandar ini. enZaf pilih hotel ini disebabkan ada pool kid yang menarik. Memang itu pun tujuan pergi bercuti, untuk buat anak-anak gembira :) Gambar di bawah ini, ai tengah beratur untuk check-in sementara menunggu enZaf parking. Masa masuk kat lobi tu terkejut ai sebab ramainya orang. Padahal masa kami bercuti ini hari Selasa. Ya ampun hari Selasa pun dah macam ini ramainya nak check-in, kalau hari minggu lagi lah. Rasanya sekarang ini, mana ada peluang bercuti.. terus je pergi bercuti, tidak kisah lah hari apa pun kan.
Bila enZaf dah parking, barulah dia yang ganti ai beratur hihihi.. agak lama juga la nak sampai ke kaunter, servis agak slow mungkin disebabkan ramai sangat orang. Qaireen bukan main seronok dia kat lobi tu, habis segala pelusuk dia berlari ke sana sini. Penat Aliah dan Ariq kejar dia dan tahan supaya dia tak mengganggu orang. Malu Mummy nak oi. Sampai nak ambil gambar dia pun bukan main susah.
enZaf ambil connecting room untuk kami sekeluarga. Gambar bawah ini bilik anak, bilik kami sama je macam itu bezanya kami satu katil king. Rehat sekejap dalam bilik untuk solat. Anak-anak dah tak sabar ajak mandi. Sebelum masuk ke bilik tu sempat kami singgah sekejap tengok rupa swimming pool, anak-anak baru tahu yang swimming poolnya menarik. Itu yang masing-masing macam "panas bontot" lama duduk dalam bilik hahaha..
Seronok je anak-anak bila dapat mandi swimming pool. Tak silap ai swimming pool ini di tingkat 9. Ai kalau kolam mandi ni terletak kat tempat tinggi dah tahu dah mesti air kolamnya sejuk. Ditambah pula dengan angin lagi lah bertambah sejuk. Tapi anak-anak ini dorang dah tak fikir sejuk ke panas ke. Asal dapat main air, lupa terus.
Nak tengok keseluruhan rupa swimming pool ini, boleh tengok di website [link] atau search sahaja di Google. Ai tak ambil gambar sangat masa anak-anak ni mandi. Oh ya! dua hari sebelum kami ke Melaka ini sempat beli swimsuit anak-anak di AEON One Utama. Yang ada dah tak muat, terutamanya akak Zahra. Lagi pun dia sekarang dah menutup aurat, jadi kenalah beli yang muslimah. Yang lain tu, bila nampak kakaknya beli baru, dah semua pun nak baru juga. Aliah punyalah yang paling mahal sebab dia nak yang warna-warni skirt bagai hihihi..
Orang pertama yang naik dulu ialah Ariq. Dia dari dulu lagi kalau mandi kat kolam air yang sejuk ni memang cepat mengigil. Sampai biru-biru bibir dan kuku menahan kesejukan. Dah panas baru dia sambung mandi semula.
Qaireen yang tak padan dengan kecil tu, boleh tahan juga dia dengan sejuk-sejuk. Daddy dia lah melayan dia main slides. Ai malas tak kuasa nak masuk dalam air sejuk, tengok dorang dari jauh sajalah hehehe.. Qaireen tu sampai ai paksa dia duduk luar sekejap. Balutkan dia dengan tuala sebab dah mengigil macam apa. Tahu-tahu dia dah tertidur. Penat sangat mandi :p
Ada video ai rekod masa kat kolam ni, kemudian nanti masukkan dalam entry. Satu je kekurangan dalam hotel ini ialah lifnya. Hotel ini banyak tingkat tapi ada 2 lif sahaja. Lifnya pun slow dan tak berapa besar. Setiap kali kami nak naik dan turun kena tunggu lama. Kalau lif berhenti pun tak boleh masuk sebab dah penuh huhuhu.. Rasanya pihak management kena fikir sesuatu untuk menambahbaik pulih masalah lif ini. Bagi lain-lain seperti keadaan bilik, makanan dan fasiliti yang ada ai sangat puas hati. Ikutkan kami hanya tidur satu malam sahaja di Hotel Swiss Garden ini, satu malam lagi kami nak tidur hotel lain. Tak ingat pula ai enZaf booking hotel apa. Tetapi anak-anak ni dah seronok mandi kat swimming pool sampai tak nak pergi hotel lain. Sabar saja lah. Terus Daddy dia ke kaunter untuk extend satu hari lagi.
*Updated: Video dah dimasukkan.

No comments:
Post a Comment