Sunday, July 12, 2020

Indoor Plant for Home


Kami ini tak ketinggalan juga nak join bela pokok hidup dalam rumah musim PKP. Masa tengah hangat dan viral pasal indoor plants ni, ai ada terdetik juga nak membela. Tapi masa tu simpan dalam hati je, takde pula beritahu enZaf. Lagi pun diriku ni pula bukan jenis tangan sejuk, sebelum-sebelum ni pernah beli pokok tapi tak tahan lama huhu Jadi tumpang seronok je la tengok kawan-kawan yang tanam pokok-pokok ni.

Rupanya tak disangka-sangka enZaf pun berminat juga nak bela pokok hidup ni. Lagi tak sangka bila dia ajak pergi nursery untuk beli pokok hahaha.. Memandangkan kat KD ni banyak je nursery sampai la ke Sg. Buloh maka ai pun okay je la. Masa dia pergi membeli pokok tu ai tak keluar pun sebab Qaireen tengah tidur dalam kereta. Tahu tahu je dia balik ke kereta dengan 4 pasu di tangan. Inilah hasil enZaf shopping :)



Serius jangan ditanya nama pokok-pokok tu semua. Satu pun ai tak tahu. Setakat rupa tu kita tahu la itu pokok indoor ini pun disebabkan viral dalam Facebook dan IG hehe Kecuali ada satu pokok ni, macam dalam gambar bawah pokok sebelah kiri. Pokok tu ai memang tak pernah tengok. Yang pasti enZaf beli sebab kata tokei nursery tu, pokok tu boleh halau nyamuk. Pokok tu ada keluarkan bau. Kalau dekat memang ada bau, lagi kuat baunya kalau kita sentuh daunnya. Tak tahu nak kata bau apa tapi ada sedikit macam serai pun ada. Itu yang buat nyamuk lari agaknya kan. Nak kata berkesan ke tak nyamuk lari tu tak pasti pula tapi belum ada nyamuk masuk dalam rumah setakat ni. Mungkin berkesan la kot kan :p



enZaf beli secara online pasu-pasu untuk pokok ni. Dia order tiap 2 pasu tu berlainan seller. Tak tahu macamana enZaf ukur pasu-pasu tu sebab salah satu pasu yang diorder tu terlebih besar pula tu pokok kami yang kecil hehehe.. gasak la enZaf oi, janji pokok-pokok tu berpasu dari togel macam tu je kan. Jadi la :)



Keempat-empat pasu dia beli tu semuanya jenis boleh simpan air kat bahagian dalam. Ada tali disediakan digunakan untuk menyerap air masuk ke dalam tanah. Senang kerja ai tak perlu menyiram haha Sebenarnya dah sebulan lebih kami bela pokok-pokok hidup ni. Alhamdulillah setakat ni masih elok dan segar pada mata ai. Lagi menggembirakan ada pokok-pokok ni dah keluar anak baru, eh anak ke tunas. Hentam saja la hihihi



Yang pokok kat bawah ni, masa minggu ke-3 salah satu daunnya mati. Masa tu ai dah rasa sedih dan kecewa sebab takut pokok tu tak tahan lama. Tak disangka seminggu kemudian nampak ada daun baru naik. Banyak pula tu. Gembiranya hati ai. Semoga membesar dengan jayanya ya anakku.



Nanti nak ajak enZaf cari pasu baru dan beli tanah untuk tempatkan anak-anak pokok tu. Keluarga dah semakin membesar nampaknya hahaha.. enZaf nak cari rak untuk pokok-pokok ni. Dia ada berkenan kat Ikea tapinya rak tu cepat je habis. Masa Ikea ni restock dalam 1000 unit, satu hari je dah licin, kegilaan apakah ini. Sekarang ni letak kat lantai je macam tu hahaha

No comments: