Tuesday, January 12, 2021

PKP Semula di Negeri Selangor


Tak sangka andaianku berkenaan pengumuman Perdana Menteri kita semalam terjawab. Nampaknya negeri Selangor akan menjalani PKP bersama-sama dengan negeri lain iaitu Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Melaka, Johor dan Sabah. Selain dari itu ada negeri yang dalam PKPB dan PKPP. Semua sudah maklum negeri yang menjalani PKP bermula dari 13hb iaitu Rabu ini sehingga 26hb Januari 2021. Semoga kita dapat membendung penularan Covid-19 ini selama tempoh PKP dan diriku yakin PKP ini tidak akan tamat pada hari ke-14. Apa pun ini adalah jalan yang terbaik untuk kita dalam menangani pandemik, semoga kita semua tabah, redha dan dipermudahkan segala urusan.

KPM pun dah mengeluarkan Kenyataan Media berkenaan operasi persekolahan. Boleh rujuk pada Website [link] atau pun di Facebook KPM sendiri. Nampak gayanya pembelajaran anak-anak ni dilaksanakan secara PdPR. Online class dan homework lah untuk anak-anak. Huru hara kembalilah diriku nak monitor anak-anak mengikut jadual masing-masing. Dan yang pasti "Makcik Kantin" beroperasi semula pada 20hb hahaha... cuma untuk akak Zahra ini je yang kurang pasti lagi. Memandangkan akan masuk sekolah baru bagi Tingkatan 1, ikutkan 19hb ada orientasi. Kami parents pun masih lagi ada dalam Whatsapp group tahun 6, mungkin guru kelasnya akan maklumkan kemudian berkenaan sekolah menengah. Untuk ujian PKSK tetap berjalan seperti biasa. InsyaAllah tarikh menduduki ujian itu pada 25hb Januari. Tempatnya berdekatan dengan rumah jadi tiada rentasan negeri dibuat.

Baju sekolah akak Zahra dah beli masa minggu pertama bulan ni. Beli 2 pasang je dahulu, kalau nak diikutkan ai akan beli sekurang-kurangnya 4 pasang. Masa beli tu fikir mungkin anak-anak masih on off bersekolah jika kes masih banyak. Beli untuk cukupkan syarat pergi orientasi huhuhu.. Aliah dan Ariq tak perlu beli baju sekolah, dua-dua masih muat. Oh ye Ariq tu seluarnya singkat sikit tapi nanti-nantilah beli. Kalau betul-betul nak masuk sekolah baru beli baru. Kasut sekolah semua masih muat lagi. Gambar bawah ni masa anak-anak sibuk dengan online class tahun lepas, saja masukkan dalam blog buat kenangan.





Video di bawah ini ai ambil dari Astro Awani untuk dikongsikan bersama rakan-rakan semua.



2 comments:

Kakmim said...

semoga dipermudahkan urusan anak² yg menjalani pdpt nnt.. kakmim follower ke 302!! salam kenal

Nurhayati said...

aamiin... salam perkenalan kakmim.. terima kasih sudi baca blog yati :)