Selamat Menyambut PKP 2.0 semua :) Baru nak wish hehe.. ai siap dapat wish melalui Whatsapp macam nak sambut bulan puasa pula gambar dan videonya hahaha.. adoila netizen Malaysia ni memang hebat. Sis mudah terhibur ;) Alhamdulillah selesai dah hari pertama kita berPKP, hari ini masuk hari ke-2 semoga dipermudahkan segala urusan kita semua ye.
Dikesempatan berPKP ni memang elok sangatlah untuk ai update blog. Banyak dah cerita yang pending nak diceritakan. Harap-harap masih ingat lagi la. Cerita kali ni berkenaan kami pergi ke Johor [link]. Kejadiannya masa hujung tahun lepas 29hb Disember 2020. Ai dan anak-anak ikut enZaf outstation. Bab jalan laju la nak ikut. Bila sampai JB terus kami menuju ke Selera Johor di Larkin. Tempat wajib singgah makan. Haruslah makan Mee Rebus dan Kacang Pool Haji.
Ariq paling suka Kacang Pool Haji ni, dia cakap lama tak makan. Rindu gitu :)
Pisang Goreng yang cicah dengan sambal kicap. Setakat ni order tak pernah mengecewakan. Laku keras pisangnya, letak habis letak habis. Jenuh nak tunggu bila goreng baru. Bertabahla. Kebetulan hari kami pergi tu orang tak ramai, jadinya tak perlu menunggu.
Masa kami sampai cuaca hujan rintik-rintik. Cuaca di Johor ni lebih kurang sama dengan Selangor, hujan memanjang. Akak Zahra sorang yang tak makan makanan Johor. Dia order Bihun Goreng aje. Oh Aliah pun sama, dia nak Chicken Chop, lupa sebab dalam gambar ni makanan dia tak sampai lagi hihihi..
Si kecik ni yang gembira lebih, dia makan semua makanan yang ada atas meja. Dia jenis pemakan juga macam Aliah, asalkan tak pedas semua dia okay.
Pergi Johor kali ini kami tidur di hotel. Tiada lagi rumah sewa dah, kebetulan tamat kontrak tahun 2019. Elok-elok habis sewa negara kita dilanda Covid sepanjang tahun 2020. Memang cantik aturan Allah. enZaf bawa kami tidur di Hotel Mutiara. Memang hotel kegemaran kami sejak dulu lagi. Walaupun sekarang sudah ada banyak lagi hotel baru dan hotel yang lebih cantik, hati ni tetap pada Hotel Mutiara. Staf situ pun tegur lama tak nampak kami :) Check-in lambat dalam pukul 5.30 petang.
Memandangkan sekarang ini anak-anak dah besar, enZaf ambil 2 bilik yang ada connecting rooms.
Berehat dan solat sebelum kami keluar semula. Sempat ambil gambar ramai-ramai sebelum keluar.
Kami ke JPO. Di sana ai mencari jam tangan untuk adik ai Nani yang nak kahwin. Sambil-sambil tu beli baju anak-anak sikit dan baju untuk baby kawan enZaf.
Seronok betul masuk JPO, tak ramai orang langsung. Tenang je nak ke sana ke mari. Tak perlu nak beratur panjang macam kami pergi GPO dulu. Lebih letih beratur bukannya letih berjalan hihihi.. Masa pergi JPO tu entah mana ai letak face mask Qaireen, tak sure tercicir kat mana. Masa keluar hotel ada dia pakai. Mungkin terjatuh masa keluar kereta. Terus minta enZaf beli face mask kat Watson dalam JPO tu. Tapi Qaireen tak nak pakai face mask baru ni sebabnya ada gambar baby dinosaur huhuhu.. mengamuk suruh buka. Terus ai ambil gambar dia sebab geram hahaha...
Lama juga kami kat dalam JPO ni, alang-alang dah kat situ kami terus makan malam kat Chicken Rice Shop (CRS). Lama betul tak makan nasi ayam CRS. Nasib baik boleh makan lagi sebab masa kami masuk dalam dah dekat pukul 9.40 malam, kedai pun nak tutup dah. Keluar JPO terus balik hotel dan tidur :)

No comments:
Post a Comment