Friday, January 22, 2021

Shopping di Valoobuy


Pertama kali ke kedai Valoobuy.com, itu pun gara-gara tengok kat Facebook. Ada orang share dalam Kota Damansara Group, laju je ai share kat enZaf hahaha.. Masa tengok dalam Facebook tu nampak berkenan sebabnya ia menjual barang-barang rumah, macam Kaison juga la. Saja la nak ajak enZaf ke sana untuk tengok apa yang ada. Tak sangka enZaf pun kata okay, tapi bukanlah share dengan dia hari ini, hari ini juga pergi. Tak silap ai dah seminggu dua kot, baru kami ke sana. Itu pun enZaf yang ajak sebab dia pula yang teringat :)



Jarak dari rumah ke Valoobuy ni tidak lah dekat sangat. Kedainya terletak di Setapak, nun ke arah KL tu hihi.. Sampai-sampai sana kedainya betul-betul terletak berhadapan dengan jalan besar. Tempat letak keretanya agak terhad dan sempit sedikit, banyak kereta parking disisi jalan sahaja. Tengah berjalan sampai depan pintu kedai, baru ai perasan ada notis yang dilekatkan disitu mengatakan kanak-kanak bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk. Kecewanya ai masa tu. Terus enZaf suruh ai masuk sorang tengok barang. Tak best pula tengok sorang-sorang terutamanya bab barang rumah. Nanti kalau kita pilih takut dia tak berkenan pula. Masa tu ai dah ajak enZaf balik je lah tak jadi masuk. Masa nak ke kereta ada satu kereta tengah keluar dari parking yang mana betul-betul berhadapan dengan pintu utama kedai. Terus enZaf ambil kereta dan parking depan-depan pintu ini. Dia minta akak Zahra jagakan adik-adik dalam kereta sekejap sementara kami masuk ke dalam kedai. Masa kami berdua masuk kedai, kejap-kejap ai tengok dorang dalam kereta. Kot la si Qaireen tu menangis ke tidak. Alhamdulillah dia okay sahaja sebab dah "umpan" dia dengan handphone dan makanan :) Dari dalam kedai memang boleh nampak luar sebab bahagian depan kedai semuanya dinding kaca, jadi senang nak tengok luar.



Kedainya tidak lah besar sangat tapi banyak juga barang. Kalau datang memang dah tahu nak beli apa memang best la sebab banyak juga pilihan. Macam kami datang saja-saja je, jadi macam tak tahu nak beli apa hahaha... Dalam tak ada nak membeli tu kan, tahu-tahu ada 2-3 barang dah pegang :p Ai ternampak vnyl flooring yang self adhesive dalam kedai ni. Sebelum ni ai pernah suggestkan kat enZaf untuk beli vnyl flooring ni untuk bilik. Masa tu dia tak berminat. Saja la tanya dia sekali lagi boleh tak beli untuk bilik, tak sangka pula dia kata ambil la. Terus laju-laju pilih warna. Disebabkan tak tahu berapa banyak diperlukan kami ambil 2 kotak. 1 kotak ada 100 keping.



Thank you enZaf dapat juga kayu untuk lantai bilik. Sekejap saja kami kat dalam kedai ni, tak boleh lama-lama sebab anak-anak dalam kereta.



Gambar di bawah ini, antara barang-barang yang tup tup ada kat tangan :p Selain beli kayu lantai, beli tudung saji, 2 table decor, satu pasu dan mainan ABC. Suka Qaireen nampak ada toys ABC untuk dia.



Ada video ai rekod dia main ABC ni sambil mulut potpetpotpet. Bila rajin nanti upload dan update dalam entry ni semula.



* Dah masukkan video.



Masa ai tengah buat entry ni, tiba-tiba enZaf ajak pasang kayu lantai ni dalam bilik. Baru je ai nak taip, entah berapa lama lagi nak tunggu enZaf pasang sejak dari beli. Tup tup tup dia panggil buat hehehe.. Tergantung jap menaip, patut semalam dah publish. Kiranya ni projek PKP la kot kan. Sebelum ni dia ada mengecat la, touchup itu ini... Nampak sangat bosan dia duduk rumah. Ada hikmah juga jadi macam ni, baru dia boleh tengok keadaan rumah dia okay ke tidak kan :p



Senang saja rupanya pasang vnyl flooring ni. Kami beli yang self adhesive. Dah ada gam siap-siap tinggal kita buka je kertas stiker tu. Sebelum lekat pastikan lantai tu bersih tiada kotoran atau pun habuk. Ini pun enZaf lekat satu bahagian je dari depan pintu sampai ke belakang. Yang lain kemudian, kiranya suku lantai je buat hahaha.. nak buat lain kena alihkan perabot, nanti-nanti katanya. Ikutkan pasang kayu tu kena ke depan ke belakang, eh macamana nak explain tak selari ke apa yang pasti bukannya sama je satu column macam tu kan. Tapi lantaklah, enZaf dah sudi buat tu pun dah kira untung dah. Komplen banyak nanti kena jeling lagi parah hahaha...

Di Valoobuy.com ini bukan sahaja ada physical store, online store pun ada juga, boleh tengok di website [link] atau pun search kat Instagram atau pun Facebook :) Memandangkan sekarang kita ni tengah PKP, eloklah beli secara online sahaja. Sekarang ini ai menanti dengan penuh kesabaran, bila agaknya dapat siap pasang satu bilik :p

No comments: