Cerita makan tengahari ini adalah cerita semalam. Wah laju pula updatekan. Selalunya dah seminggu dua baru terhegeh nak masukkan dalam blog. Update awal ini pun disebabkan gambar yang nak dimasukkan tak banyak hehehe... Nak cerita pasal kahwin Nani, ai tiada gambar pula. Kena tunggu adik ai lagi seorang Yusreena send. Dia rajin ambil gambar masa tu. Nak cerita pasal akak Zahra pun ai belum transfer lagi gambar dalam pc. Maka cerita bab makan inilah dulu. Pada hari Khamis yang lepas, Nani ada tagged ai dalam Facebook berkenaan kedai makan baru yang baru dibuka di Kota Damansara. Masa dia tagged tu ai tak berapa tengok sangat sebabnya tengah sibuk dengan pernikahan adik ai Nani. Hari Ahad pagi iaitu semalam baru ai belek semula dalam Facebook. Bila tengok kedainya nampak menarik sangat, saja la tanya Nani nak lunch tak. Memandangkan ai memang malas nak masak. Penat dari kenduri tak habis lagi. Tak sangka pula Nani kata okay untuk lunch sama-sama. Terus kami janji jumpa kat kedai dalam pukul 12.30 tengahari. Gambar bawah ini adalah menu yang disediakan dalam Restoran Cik Melur.
Tengok dalam Facebook tu rata-rata orang komen kena makan ikan bakar. Jadi kami pun cubalah. Order Talapia Bako Platter sebab Nani suka makan ikan Talapia. Ai ikut je. Selain daripada ikan Talapia Bakar, ada Kerang Bakar, Lala Krim Kari dan Sotong Goreng Tepung.
Tambah sedikit lauk sayur. Sayur Kangkong Belacan dan sayur campur. Oh ya order Ayam Kampung Goreng. Anak-anak ni kalau ada ayam kampung memang tak pandang lauk lain.
Sebelum balik haruslah bergambar dahulu. Bukan main Qaireen dengan jari dia yang buat sign Good.
Boleh tahan jugalah sedap lauk-lauknya. Nanti boleh cuba set yang lain pula. Kedai ni rupa-rupanya kami pernah pergi. Sebelum ni kedai makan Naili's [link], sekarang sudah bertukar dengan Cik Melur. Sempat ai tanya staf situ, kedai Naili's tu tutup terus ke, kot la dia tahukan. Rupa-rupanya owner Naili's tu masih orang yang sama dengan Cik Melur ini hihihi Cuaca masa kami makan tu dalam hujan renyai. Sejuk je masa makan. Sekarang ni cuaca hujankan dan dijangka berlarutan hingga bulan Mac. Sedih pula tengok tempat yang kena banjir tu. Semoga dipermudahkan urusan mereka hendaknya.

No comments:
Post a Comment