Lama betul kami tak makan dekat Restoran Mahbub. Tak ingat dah bila kali terakhir makan kat situ. Pernah makan tapi tak update pula dalam blog. Banyak kali sebenarnya kami lalu kat Restoran Mahbub ni tapi selalu tak kesampaian sebabnya kedai sentiasa penuh dengan pelanggan bukan setakat yang makan di situ sahaja, yang nak membungkus pun ramai juga. Parking area situ pun turut susah nak dapat. 2-3 kali pusing tak dapat terus kami beredar je. Minggu lepas rezeki kami agaknya dapat juga makan kat Mahbub, itu pun 2 kali pusing :)
Muka enZaf yang kepenatan sebab baru habis main Golf. Kurang sikit nampak kulit mukanya kemerah-merahan kali ini sebab cuaca sekarang mendung sahaja. Habis main dia ajak kami semua keluar makan. Ai belum mula masak lagi sejak dari adik ai kahwin hihi.. nak start tu rasa malas ya amat. Baju pun tak habis-habis lagi basuh dan lipat huhuhu..
3-4 hari ini ai suka mengusik akak Zahra. Dia tengah PMS, moody je memanjang. Geram tau dengan dia bila dah besar ni. Berat sangat mulut nak bercakap dan bercerita dengan ai. Setiap malam sebelum tidur memang selalu akan berdua dengan dia saja borak-borak kosong buat macam kawan-kawan. Dan selalunya ai sorang la cakap banyak hahaha.. Hug and kiss tu perkara wajib untuk semua anak setiap kali sebelum masuk tidur, tak kira lelaki atau perempuan.
Berbalik pada cerita makanan hihi.. enZaf order Nasi Briyani Ayam Goreng. Kuah madu extra wajib ada tiap kali makan nasi briyani. Lama betul tak makan kat Mahbub ni sedap sangat. Kalau makan nasi gitu sahaja pun dah sedap. Anak-anak pun suka sebab nasinya tak banyak daun-daun dan rempah ratus. Jadi tak perlu dorang ni nak selak-selak ketepikan semua tu sama lah dengan Daddy dorang pun haha.
Dulu Nasi Briyani di Restoran Ismail pun sama sedap macam Mahbub tapi sekarang nasinya dah kurang rasa. Tak tahu kenapa tak berapa sedap dah. Tengah makan tu baru perasan kat banner rupa-rupanya Restoran Mahbub ini dah ada cawangan di Damansara Damai. Lepas ni boleh mencuba ke sana pula, mana lah tahu kurang sedikit ramai nak dibandingkan restoran kat Bangsar ni. Lagi pun Damansara Damai dekat sikit jaraknya dengan rumah :)
Hari ini ada announcement dari Perdana Menteri kita. Rata-rata semua orang menjangkakan PKP dilaksanakan. Diriku pun turut merasakan yang sama tapi mungkin tidak semua negeri yang terlibat. Selangor ni memang patut kena PKP dengan kes yang meningkat banyak setiap hari dan mungkin rentasan negeri tidak dibenarkan. Mungkin aktiviti yang dibenarkan sebelum ini seperti makan diluar beramai-ramai, majlis perkahwinan, taman rekreasi ditutup. Wah banyak sangat mungkin itu, pandai-pandai buat andaian :p Apa pun kita berdoa semoga penularan wabak Covid-19 ini berkurangan dan kita semua dijauhi dengan penyakit ini.

No comments:
Post a Comment