Monday, January 25, 2021

Rehearsal Untuk Nani


Kalini nak buat entry berkenaan hari kami buat rehearsal untuk majlis resepsi adik ai Nani. Nani memang sudah merancang rehearsalnya dibuat pada 31hb Disember 2020. Jadi tiada masalah untuk meneruskan perancangannya, memandangkan nikahnya pada waktu pagi [link]. Kalau diikutkan nikahnya pada 2hb Januari 2021, tetapi Allah sebaik-baik perancang. Ada hikmah bila nikahnya di awalkan sebab rehearsal memerlukan pegangan tangan, jadi bila dah "halal" jadi mudah lah kerja part nak pegang tu kan hihihi.. Dewan yang Nani pilih untuk majlisnya dekat sahaja dengan rumah ai. Kat Kota Damansara ni agak banyak juga lah pilihan dewan untuk pelbagai majlis. Tinggal cari mana yang berkenan dan bersesuaian dengan bajet masing-masing :) Gambar di bawah ini, Abah, Mak dan pengantin sedang kusyuk dengar taklimat dari mc.



Memandangkan majlis perkahwinan ini pertama kali dibuat di dewan untuk keluarga kami jadi banyak perkara kami perlu tahu. First time jadi ai rasa teruja hahaha.. Kak Longnya tumpang seronok gitu. Anak-anak pula duduk di meja dan masing-masing dengan handphone main games. Kecuali yang kecil sekali tu, Qaireen. Dia seronok main berlari ke sana sini pusing keliling dewan. Ya ampun tak penat-penat, mujur ada Mak Su dia yang melayan.



Bab tangga kat pelamin ni jangan ceritalah. Entah berapa kali naik turun. Sampai berpeluh-peluh. Akid pun join sama dengan dia hehehe..



Nak buat rehearsal pengantin masuk dalam dewan. Untunglah dia kahwin ni dah ada anak-anak saudara yang boleh jadi flower girl and page boy. Eh yang depan sekali tu tak masuk dalam list, dia menyibuk je tu. Kalau dia ikut sekali jadi flower girl rasanya huru hara, berlari dan entah ke mana pergi nanti hahahaha...



Lama juga kami kat dalam dewan ini, sampai semua orang puas hati baru beredar. Cuaca masa nak balik hujan turun dengan lebat, tengah musim hujan. Kami berdoa dan berharap semoga majlis resepsi Nani nanti cuaca elok dan mengizinkan. Malam kami semua berkumpul di Sg. Buloh untuk membuat door gift. Ai ada ambil gambar malam tu tapi adik-adik ai tak pakai tudung, jadi eloklah tak masukkan dalam blog ini, Nak edit malas :p Esok siangnya ai ke dewan untuk memasukkan door gift dalam paper bag pula. Kebetulan majlis ini merupakan majlis pertama untuk tahun 2021 dapatlah sehari awal sebelum majlis berlangsung. Adik ai Yusreena pun membawa 2 orang kawannya untuk turut sama membantu.



Anak-anak pun buat door gift juga. Masukkan gula-gula dalam plastik. Ikutkan tiada jemputan untuk kanak-kanak tapi kami buat juga sedikit, manalah tahu ada sebab Nani ada jemput kawan-kawannya yang ada anak. Budak-budak ni nampak gula laju je nak menolong. Sambil buat tu sambil sumbat gula dalam mulut. Yang masuk mulut lagi banyak dari masuk plastik hahaha...



Harini akak Zahra ada menduduki peperiksaan PKSK pada pukul 2 petang tadi. Harap-harap dia dapat jawab dengan tenang. Belum balik lagi ni, tapi tadi enZaf dah Whatsapp on the way ambil dia. Agaknya ada la tu menyinggah mana-mana. Ai tak dapat bayangkan macamana rupa soalan sebab Mummynya dulu hanya sekolah harian sahaja.

No comments: