Alhamdulillah akhirnya selamat sudah adikku Nani menjadi isteri orang. Punya banyak cabaran, ujian dan dugaan dia nak melangkah ke alam perkahwinan ini. Kalau ikutkan perancangan dia, sepatutnya 8hb Ogos 2020 adalah tarikh pernikahannya yang asal. Tetapi tarikh itu ditangguhkan atas sebab pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita malah di seluruh dunia. Kalau nak diikutkan, boleh sahaja dia bernikah pada tarikh itu. Pernikahan boleh dijalankan secara online tetapi Nani tak nak. Dia kata kalau boleh pernikahan ini disaksikan oleh semua ahli keluarga terutama sekali mak dan adik beradik secara dekat. Disebabkan penangguhan tarikh dibuat terpaksala segala persiapan yang diatur pun ditangguhkan. Borang nikah perlu diserah semula sebab borang HIV sudah tamat tempoh, dewan perlu ditunda dan pelbagai lagi urusan lain pun perlu diatur semula. Sehinggalah adikku Nani memilih satu tarikh pada bulan November pula.
Hari demi hari berlalu bila nak dekat sampai masanya tarikh yang dipilih terpaksa ditangguh lagi. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menetapkan urusan akad nikah hanya boleh dilakukan atau dijalankan di dalam pejabat JAIS sahaja untuk kawasan Zon Merah. Semasa urusan akad nikah itu, hanya bakal pengantin dan wali sahaja dibenarkan. Memandangkan kami di daerah Petaling ini sudah pun berada dalam Zon Merah. Masa ini Nani dah berbelah bahagi samaada nak teruskan atau pun tangguh. Banyak dah drama dan airmatanya sepanjang nak menguruskan majlis perkahwinan dia ni. Faham bakal pengantin mula stress dan macam-macam fikir semata-mata nak dapatkan tarikh untuk berkahwin huhuhu...
Nak dipendekkan cerita, tunang Nani tinggal di Batang Kali. Batang Kali berada di daerah Hulu Selangor. Kebetulan di Hulu Selangor berada dalam Zon Kuning. Jika kawasan itu dalam Zon Kuning, pernikahan boleh dijalankan di masjid. Jadinya adik ai Nani dan pasangannya Fahmi membuat keputusan untuk bernikah di Batang Kali. Masa itu pihak keluarga ai terutamanya Abah dan Mak tak membantah dan setuju sahaja kerana tak nak bertangguh lagi. Tujuan baik haruslah dipercepatkan. Kami sekeluarga pun menurut kata bakal pengantin. Bagi ai asalkan Nani bahagia dan gembira kami turutkan aje. Masa tu dah selesai uruskan segala dokumen pertukaran tempat akad nikah di Batang Kali dan tarikh yang dipilih oleh mereka ialah 2hb Januari 2021. Hanya tinggal lebih 5 hari saja lagi dari tarikh 2hb itu, tiba-tiba Nani hantar Whatsapp kat ai yang katanya Tok Kadi ada hantar message berkenaan tarikh pernikahan. Tak silap ai masa tu seluruh Selangor sudah menjadi Zon Merah dan MKN umumkan seluruh Selangor akan dikenakan PKPB bermula pada 1hb Januari 2021. Bila PKPB secara tak langsung akad nikah pun tidak dibenarkan dibuat di masjid. Jadi Tok Kadi bagi 3 options pada Nani, Option 1 dipercepatkan tarikh sebelum 1hb, Option 2 nikah pada tarikh ditetapkan tetapi di pejabat JAIS atau Option 3 tarikh ditunda. Fikir punya fikir bila dah dapat kata sepakat, Nani dan Fahmi bersetuju dengan Option 1 iaitu percepatkan tarikh akad nikah. Jadi mereka memilih 31hb Disember 2020 memandangkan masa dapat tahu perkara ni pun sudah 29hb Disember waktu malam. Fuh walaupun bukan ai yang kahwin terasa peningnya, pengantin apa entah lagi kan :(
Pada pagi 31hb Disember 2020 pukul 9.30 pagi, kami satu keluarga bergerak ke Batang Kali dengan 3 buah kenderaan. Untuk pernikahan di masjid hanya dibenarkan seramai 20 orang sahaja. Kebetulan keluarga kami bersama dengan keluarga pengantin lelaki memang cukup-cukup 20 orang. Syukur Alhamdulillah.. semua dapat saksikan bersama pada hari istimewa itu. Gambar-gambar kat bawah ni dari kamera ai dan enZaf. Yang cantik tu kamera dia, ai punya entah kenapa kelam sangat gambarnya huhu.. Ambil gambar anak-anak dengan cousins mereka Aira dan Akid di perkarangan masjid.
Pengantin (Mak Teh) bersama anak-anak buah dan Mak Su pun ada selit bersama. Mekap Nani tu adik ai Yusreena je yang buat. Mujur ada adik pandai mekap.
Gambar kami beramai-ramai kecuali Abah dan 2 orang menantu lelaki. Dorang sibuk berborak.
Nasib baik ai teringat nak ambil gambar dengan pengantin. Ada 2 keping satu pakai face mask, kat blog ni ai letak yang tak pakai face mask.
2 hero dalam keluarga kami, semoga lepas ni adikku Nani boleh la tambahkan lagi hero-hero yang ada ni.
Tok Kadi dan saksi-saksi sudah sampai. Sempoi je Tok Kadi ni. Katanya ni adalah pasangan pengantin terakhir untuk dia bagi tahun 2020. Lepas tu boleh tutup buku hihihi... Kalau jadi tarikh 2hb tu, dorang berdua ni juga pasangan pengantin pertama untuk dia bagi tahun 2021 dan ditulis dalam buku baru haha..
Itu dia pengantin lelaki, Fahmi. Segak pengantin, berdebar-debar la tu nak lafaz nikah. :)
Majlis akad nikah berlangsung dibahagian luar masjid. Tak boleh masuk dalam kerana mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Dan tetamu yang datang perlu duduk mengikut tanda yang telah ditetapkan. Tak boleh rapat-rapat walaupun satu keluarga.
Anak-anak pun sama kena duduk jauh-jauh. Mujurlah dorang ni semua dah besar dan dah faham. Kecuali Qaireen la, habis semua orang dia pergi. Kejap ke sana ke sini tak duduk diam huhuhu..
enZaf ni nak ambil gambar ai tolonglah bagi elok sikit. Oh ya pandai ai pilih tempat, belakang ada tiang. Tidak la sakit sangat pinggang tu duduk lama-lama. Boleh bersandar gitu hihihi...
Terharu tengok gambar kat bawah ni, enZaf yang snap. Pandangan seorang Abah pada anak perempuannya. Yang mana tanggungjawabnya akan dilepaskan dan digalas kepada suami anak perempuan dia huhuhu sedih nak nangis tiba-tiba.
Lupa pula nak bawa bantal untuk alas duduk Nani tu. Kesian dia duduk atas simen macam tu. Masa dia nak bangun bila dah selesai nikah, dia hampir terjatuh sebab kedua-dua kakinya kebas huhuhu... mujur ai sempat pegang dia masa tu. Bila dah kelam kabut tak ingat apa nak di bawa. Kali ini Abah sendiri nikahkan anak perempuannya. Masa ai dan Hana kahwin, Abah bagi Tok Kadi wakilkan. Untungla dapat Abah sendiri nikahkan ;) Ada ai ambil video, kemudian masukkan dalam entry ini.
* Yeay dah masukkan video lupa pula video yang atas tu pun sama juga baru masukkan.
Alhamdulilah selesai dengan 1 kali lafaz sahaja. Simple sahaja majlis akad nikah ini. Disebabkan PKPB, khutbah nikah pun dibaca dengan ringkas, tiada salam ketika lafaz nikah, tiada sarung cincin atau pun pembatalan air sembahyang. Dulang-dulang pun tak perlu dibawa. Hanya bawa badan dan wali untuk pengantin perempuan manakala pengantin lelaki bawa mas kahwin dan apa-apa pemberian (cincin) kepada pengantin perempuan. Ai rasa macam tak sempat nak emotional tuptuptup habis dah hehehe... Selamat Pengantin Baru buat adikku Nani dan suaminya Fahmi. Semoga bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.
Selesai akah nikah di masjid kami terus menuju ke rumah keluarga pengantin lelaki. Dekat sahaja jarak antara masjid ke rumahnya. Di sana kami disaji dengan makanan tengahari. Tak ambil gambar pula ai masa kat rumah tu. Seronok sangat makan dan berborak. Terima kasih pada keluarga Fahmi kerana menyantuni kami. Semoga ikatan kekeluargaan kita berkekalan sampai bila-bila. Siap dapat goodies bag, macam-macam ada dalam tu. Sudip kayu nasi pun ada hehehe...
Satu pengalaman baru buat kami sekeluarga. Pernikahan berlaku di luar kawasan. Macam kami pula pihak pengantin lelaki pergi rombongan ke pengantin perempuan hihihi... Menarik juga jadi macam ini kan. Kalau tak, takkan merasa sebab kami semua adik beradik perempuan. Memang tunggu orang datang rumah untuk merisik atau bernikah bagai hihihi...

No comments:
Post a Comment