Friday, January 18, 2019

Dinner at Naili's Place


Punya la dah lama kedai Naili's Place ni kat Kota Damansara. Baru sekarang ini kami mencuba makan di situ hehe.. Tak silap kedainya buka pada waktu petang sampai ke malam, ai tak perasan pula waktu tengahari dah buka atau belum. Kami pun jarang lalu area Strand ni. Dah alang-alang lalu itu yang kami cuba dinner di sini.



Anak-anak kalau nampak ada pasta memang itu la nak. Sorang suka Bolognese dan sorang lagi suka Carbonara.



Ai makan Nasi Goreng Sardin. Tiba-tiba rasa macam lama tak makan sardin :)



enZaf makan Kuey Teow Goreng. Macam-macam bahan diletakkan dalam kuey teow tu, ada kerang, udang, ayam... sama juga macam nasi goreng ai banyak lauk.



enZaf ada order Cucur Udang. Boleh pula makan cucur waktu malam hahaha.. orang makan cucur untuk makan petang.



Serius sedap cucur udangnya. Oh keropok lekor pun ada juga. Ini dah kira makan petang di bawa ke makan malam :p



Sedap rupanya makanan kat sini. Yang pasti banyak pilihan. Bukan setakat makan local, kalau nak makan makanan western pun ada juga.



Lepas ini kami dah tahu kat mana nak lepak minum petang. Hari Jumaat dah harini. Tuptup dah pertengahan bulan, hari Isnin depan kita cuti Thaipusam. Macam menarik nak ajak enZaf pergi holiday :) Salam Jumaat buat kawan-kawan blog, jangan lupa baca surah al-Kahfi ya.


1 comment:

Siti Yang Menaip said...

sedapnya nampak semua2 tu.. pasta2 ni memang fevret..