Baru buat entry pasal ujian MRSM dan PKSK ni, ingatkan PKSK je tangguh rupanya MRSM ni pun ditangguhkan juga. Sebabnya kami di Petaling telah diisytiharkan Zon Merah. Calon dari daerah Petaling memang ditangguhkan secara automatik, walaupun calon tu nak buat ujian di luar daerah Petaling. Macam akak Zahra, duduk KD yang Zon Merah tapi tempat examnya di Gombak. Tak boleh pergi juga atas sebab datang dari kawasan Zon Merah. Begitu juga dengan calon dari luar Petaling tapi menduduki ujian di daerah Petaling pun turut ditangguhkan.
Bila sudah diwartakan sebagai Zon Merah, sekolah pun ditutup bermula dari 12hb sehingga 25hb Oktober. Bukan main lebar senyum anak-anakku ini. Tapi jangan ingat tak pergi sekolah tu cuti ye, cikgu awal-awal lagi dah pesan dalam Whatsapp kerja sekolah akan diberi melalui GC heheheh Bertabahla Mummy untuk 2 minggu ini, semoga kesabaranku tebal setebalnya :p Kenyataan Media dari MOE berkenaan penutupan sekolah boleh click pada [link] ini.
Oh ye, ai tak beritahu Zahra lagi ni yang ujian ditangguhkan. Yang dia tahu hanya PKSK je, yang Mara tu dia ingat boleh pergi ujian sebab kat Gombak hehe.. Biarkan dia tak tahu supaya dia study. Kalau tak malas je bila suruh buat latihan.
3 comments:
kalau sy duduk diselayang.. anak amik ujian mrsm tu di gombak.. ujian tu ditangguh atau on ya?
Sekarang ni kita selangor PKPB.. sepatutnya ujian ni ditangguhkan bg seluruh selangor. Dan mara akan hantar sms pada calon yg terlibat dgn penangguhan ni.
Oh ye lupa kita PKPB bermula pd 14hb. Kalau anak exam 13hb iaitu harini berjalan seperti biasa. All the best utk anak ye.
Post a Comment