Thursday, October 1, 2020

Noor Arfa Craft Complex (NACC)


Kami ke NACC ni tak dirancang pun. Ai teringat yang enZaf pernah cakap sebelum ke Terengganu ni dia nak beli baju batik. Kat rumah ni ada je satu helai baju batik tapi dia jarang pakai tu sebabnya besar. Zaman dulu kan pakai macam loose sikit, zaman sekarang ni je semua nak ala body fit gitu kan. Katanya takde la beli ketat macam pakai tshirt tapi kecil sikit la dari yang ada tu. Mana-mana la Yang oi, janji beli pakai..takut jadi macam yang ada ni. Beli tapi tak pakai haha Oh yang ada tu pun brand Noor Arfa. Dah alang-alang kat Terengganu ni, ai terus la cakap dengan dia apa kata pergi beli baju batik dia. enZaf terus jawab okay dan ai pun terus Google kat mana Noor Arfa Batik ni. Ada 2 tempat kalau tak silap dan ai pilih NACC sebab dah dekat dengan tempat kami makan Nasi Ayam Nurul Iman tu.

Besar juga NACC ni, dah nama pun kompleks kan. Dekat lobi, ada macam-macam jualan cenderahati. Paling menarik dekat mata ai ialah Art & Craft section iaitu mewarna batik. Terus ai ajak anak-anak pergi mewarna. Satunya berharga RM15. Ai ambil 2 saja, akak Zahra dan Aliah warna bersama, Ariq dengan Mummy. Qaireen pula Daddy dia jaga, kat lobi tu ada pula mainan yang gerak-gerak pakai duit syiling tu kan. ha..duduk situ diam-diam :p






Hasil mewarna dari Zahra dan Aliah. Suka ai tengok sebab cantik :)



Ariq punya pun cantik. Ai tolong dia 20% je, yang lebih tu dia sendiri warna.



Dah siap mewarna, kain batik tu diambil oleh staf situ untuk keringkan. Sementara menunggu kering kami masuk ke dalam kompleks nak cari baju batik. Sempat la ambil gambar Aliah sebellum masuk dalam, boleh tahan tinggi juga naik tangga tu hihihi



Dalam kompleks ni bukan jenama Noor Arfa sahaja yang ada, terdapat pelbagai jenama tempatan yang lain juga turut ditempatkan dalam kompleks ni. Jadi banyak la pilihan kita ada dengan bajet masing-masing. Lawa-lawa ai tengok semua batik kat sini. Ada yang ready-to-wear, ada kain meter, batik lepas, tudung dan macam-macam lagi.



Habis shopping kami pun gerak keluar. Eh! bunyi shopping macam banyak je, padahal beli baju batik enZaf. Ada terselit satu baju untuk ai juga :p masa nak membayar tu enZaf cakap cari baju u pula. Disebabkan ai jenis tak kisah, baju yang dibeli tu enZaf yang pilih. Apa pun thank you Yang! Bergambar bersama dengan anak-anak :)



Suka gambar love kat bawah ni, anak-anak semua pandang camera.



Memandangkan tiada orang kat situ maka kami wefie satu keluarga. Kalau ada orang lama dah muka tak malu minta tolong ambilkan gambar hihi



Sebelum nak balik ni, anak-anak nampak banyak ikan koi kat kolam. Rupanya boleh bagi ikan-ikan ni makan. Ada satu kaunter tempat letak makanan ikan, jual satu bekas berharga RM1. Daddy dorang beli 2 bekas untuk anak-anak ni bagi makan. Sementara ai tunggu dorang ni habis, sempat ai pergi booth cenderahati nak beli fridge magnet.



Oh kat sini ada juga buat mencanting batik bagi yang berminat. Kalau pandai dan berseni ai suggestkan buat itu. Lagi menarikkan cuma ai tak berkesempatan buat sebab mengejarkan masa. Untuk lebih details boleh refer pada website NACC ni [link]

No comments: