Tuesday, October 13, 2020

Hasil Seni Aliah dan Ariq


Hujung bulan September hari tu, cikgu kelas Aliah hantar Whatsapp, minta anak murid bawa bahan-bahan untuk buat projek subjek Sejarah. Projek tu berkenaan model pelabuhan. Ai tengok pada bahan-bahan yang diperlukan, hanya satu bahan sahaja yang takde kat rumah iaitu plastisin. Esoknya lepas ambil Ariq kat sekolah, kami terus pergi satu kedai ni namanya Ninso. Pernah nampak kedainya sebelum ni tapi tak pernah masuk. Kalini cuba tempat lain pula, kalau tak sebelum ni kalau cari bahan-bahan seni anak selalu pergi ke Mr. DIY. Menarik juga kedai Ninso ni sebab barang-barang yang dijual semuanya berharga RM2.10.

Gambar kat bawah ni cikgu hantar melalui Whatsapp tunjuk anak murid tengah buat model pelabuhan. Ada banyak gambar-gambar yang dihantar tapi ai letak mana yang ada Aliah je la kan. Cantiknya dia buat hihi



Dia sorang je yang buat jeti warna-warni. Kau hado?! hahaha Kat rumah ada je stik aiskrim tu warna cream. Tapi dia nak juga bawa yang warna-warni tu. Hai la Aliah macam-macam kamu ni. Katanya dia dah siapkan kat sekolah dan cikgu suruh semua orang bawa balik model ke rumah.



Suka ai tengok hasil dia, cantik sangat. Dalam banyak-banyak tu ai paling suka bahagian rumput dan bunga pink. Comel je kat tepi-tepi tu.



Muka gembira sebabnya cikgu cakap cantik hehehe..



Ariq pun ada buat seni juga bulan lepas. Projek seni dia ialah topeng burung kenek-kenek. Aliah pernah buat sebelum ni masa dia Tahun 2 [link] Bila dah pernah buat senang la ai sediakan bahan-bahan sebab dah tahu. Nasib baik kain felt ada lagi. Bahan yang kena beli masa tu kad manila je. Yang lain semua dah ada. Balik dari sekolah tu Ariq tunjuk kat ai dari dalam kereta. Ada yang tak siap lagi cikgu minta sambung buat kat rumah.



Masa Ariq sambung buat tu ai tak tengok pun. Ai tengah sibuk mengemas meja makan dan dapur. Bangga kat Ariq dia berjaya siapkan walaupun comot sana sini :) Katanya dia dah lekat bulu kat bahagian atas tapi tersalah tampal. Dia buka balik tu yang ada kesan gam kat bahagian tu. Gigih explain kat Mummy kenapa jadi macam tu hehehe Tak apa la nak oi, janji buat hasil air tangan diri sendiri. Eh macam memasak pula nak ada air tangan :p Qaireen takut dengan topeng ni. Kalau dia nampak topeng ni terus berlari dan nangis huhuhu Ai terpaksa sorokkan dari pandangan dia. Bila dia tahu topeng ni ada kat dalam bilik Ariq, sampai ke sudah dia tak nak masuk dalam bilik tu. Sabar je la.

Oh ye la, akak Zahra ada masuk pertandingan menyanyi masa English Week kat sekolah. Dia dapat nombor 6 dari 15 orang hihihi Part dia dapat nombor berapa tu ai tak kisah pun tapi yang kelakar tu dia cerita, masa buat cabutan undi untuk nombor giliran menyanyi dia dapat nombor terakhir sekali. Penat okay tunggu sampai 14 orang nyanyi. Bila turn dia pula menyanyi separuh lagu tiba-tiba microphone rosak hahahaha terus cikgu kata stop tak payah nyanyi dah hahahah Ai pun cakap la dengan dia, microphone tu dah penat dan sabotaj Zahra nyanyi :p Apa pun okay la walaupun nyanyi separuh lagu je dapat no.6 hahaha

No comments: