Sunday, October 11, 2020

Semakan Ujian Kemasukan ke MRSM dan PKSK Tahun 2021


Minggu lepas cikgu kelas Zahra ada maklumkan berkenaan ujian bagi murid yang memohon untuk ke MRSM dan Sekolah Khusus dalam Whatsapp. Ibu bapa kena semak tarikh yang sudah ditetapkan oleh pihak MRSM dan MOE untuk anak menduduki ujian. Masa dapat link tu ai tak check lagi. Hanya forward je kat enZaf. 2 hari selepas tu enZaf tanya dah check ke belum, ai memang betul-betul lupa pasal ujian ni. Rasanya hari Khamis kot baru tengok. Ai masuk link MOE dulu, tarikh Zahra nak kena ambil ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ni pada 12hb Oktober iaitu esok hari Isnin. Punya la ai terkejut sebab dah dekat rupanya. Mujur check kalau tak memang tak ingat langsung. Tapi pada hari Jumaat baru dapat tahu yang MOE ada keluarkan surat siaran bahawa ujian PKSK ditangguhkan bagi negeri Sabah dan Selangor disebabkan beberapa kawasan terlibat dengan zon merah. Tarikh baru itu akan dimaklumkan kemudian, details berkenaan surat siaran [link]

Bagi MRSM pula, ujian kemasukan Tingkatan 1 Tahun 2021 iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) tetap diteruskan pada semua negeri kecuali kawasan yang terlibat dengan zon merah. Tempat ujian akak Zahra ni di Gombak, maka tiada penangguhan dan berjalan seperti ditetapkan. Tarikh dia akan menduduki ujian ni pada 13hb Oktober iaitu hari Selasa. Tadi baru je print Surat menduduki Ujian dan Borang Deklarasi Kesihatan (Covid-19) untuk di bawa nanti. Semoga akak Zahra dapat menjawab soalan sehabis baik. Berdebar-debar pula ai hihihi Tak dapat nak hantar dia nanti hanya Daddy dia je la teman. Sekiranya terdapat kawasan zon merah yang baru atau apa-apa sebarang perubahan, pihak MRSM akan memaklumkan calon melalui SMS. Untuk membuat semakan ujian kemasukan ke MRSM ini, sila klik pada [link]

Macam tak percaya secepat ini nak exam, ingatkan lambat lagi. Suruh akak Zahra baca buku buat tak tahu je dia. Kalau ada rezeki ada la nak. Apa pun Mummy sentiasa support dan doa yang terbaik buat anak-anak.

No comments: