Monday, October 5, 2020

Mandi Laut Pagi Petang


Sakan mandi laut anak-anak ni. Lepas breakfast dari Nasi Dagang Kak Jah tu terus kami balik resort. Gambar bawah ni masa mandi waktu pagi.



Buat entry ni semata nak letak video keadaan pantai kat situ. Pantainya sangat bersih dan airnya sangat jernih.



Gambar seterusnya kami sambung mandi pada waktu petang pula. Selepas kami balik dari NACC. Ingatkan dari situ kami nak pergi tengok penyu tapi tak cukup masa pula. Kalau pergi tengok penyu tu anak-anak pula tak dapat mandi laut nanti. Kesian pula sebab dorang dah beria sangat nak mandi lagi. Mummy bergambar bersama anak bongsunya :)



Anak-anak main tanam dalam pasir. Ni semua kerja Daddynya hihi



Ariq pun nak juga. Sorry akak Zahra, Mummy kena lukis pakai tudung sebabnya masa tengah mandi laut tu tudung dia tercabut haha



Sampai pukul 7 malam mandi. Memang puas sungguh rasa haritu. Kulit masing-masing pun dah gelap berkilat hihihi. Lama tak rasa bercuti mandi pantai. Lupa terus kat rumah hehe

No comments: