Friday, October 9, 2020

Pak Anjang Bariani Johore


Hari Isnin baru ni kami pertama kali makan kat Pak Anjang Bariani Johore. Akhirnya dapat juga makan kat sini. Sebelum ni pernah ke sini tapi tak makan sebab ramai sangat orang. Datang pada hujung minggu memang susah la sikitkan, kalini kami makan waktu hari biasa. Sebenarnya tak dirancang pun nak makan sini. Gara-gara ai kena tolong office enZaf sign satu agreement dekat area Shah Alam. Dah alang-alang kat Shah Alam ni itu yang teringat makan nasi bariani. Curi-curi ambil gambar masa sign tu :p



Selesai urusan kerja terus kami ke kedai Pak Anjang di Seksyen 13. Punya la malas ai nak pergi depan-depan kedai untuk ambil gambar. Sipi-sipi je snap haha jadila.



Ai nak cuba makan nasi bariani gam tapi dah habis pula. Jadinya order nasi bariani daging.



enZaf dan anak-anak makan nasi bariani ayam merah. enZaf ingat nak makan kambing tapi dia dah makan kambing hari sebelumnya tu, lain kali lah katanya hehe



Qaireen baru pandai buat sign "Good" kat jari tu. Habis semua menda dia "Good"kan hahaha



Dapat tahu kedai makan Pak Anjang ni pun rekemen dari kawan enZaf, Farid. Sedapla nasi barianinya, makan nasi saja dah sedap. Ayam dan daging lembut sangat. Gravynya pun sedap. Harganya boleh tahan berbaloi lah dengan kesedapannya. Eh portion nasi tu macam sikit, lebih elok kalau owner tu tambahkan sikit lagi kot hihi pandai-pandai je kan. Nanti nak cuba nasi bariani gam pula.



No comments: