Friday, October 16, 2020

Happy 10th Birthday Qalesya Aliah!


Oh sambungan harijadi Aliah. Kami masih di OU hehe Lepas ambil hadiah dekat Customer Service kami terus ke Kaison. enZaf dah janji dengan Aliah yang dia akan beli satu soft toy bentuk Unicorn untuknya. Memang Aliah minat satu Unicorn ni masa kami pergi Kaison sebelum ni. Masa tu tak la beli, jadi Aliah minta Daddy dia belikan masa harijadinya. Senang betul nak hiburkan hati diva ai ni, asal ada Unicorn dia okay. Minat sangat. Tiba-tiba ai teringat masa anak-anak ni kecil, asal birthday sesiapa je, sorang beli hadiah semua pun dapat hadiah juga. Masa tu masing-masing tak faham lagi. Sekarang bila semua dah besar, masing-masing dah faham yang dapat birthday present tu hanya sorang tu saja. Kalau tak parah la Daddy dia nak beli semuakan hihi



Masa ni Aliah tengah konfius nak Unicorn warna pink ke putih hehe.. Kejap ambil pink, lepas tu tukar warna putih pula. Sebelum tu dia ada ambil satu lagi Unicorn yang besar sedikit tapi Daddy dia tak berkenan pula. Sebabnya material yang besar tu tak berapa best dari yang kecil sikit ni.



Kejap je kami kat dalam Kaison ni, dah tahu apa benda nak beli terus la menuju ke situ. Kalau tak tahu nak beli apa itu yang ambil masa. Dari Kaison kami ke Bisou pula. Makan lagi. Kalini makan kek pula. Aliah nak Rainbow Cake, masa kami sampai Bisou tu Rainbow Cake memang tinggal 2 sahaja. Rezeki Aliah masih ada lagi. Terus Daddy dia ambil 2-2 kek tu, Ariq pun nak Rainbow cake juga.



Ambil gambar Aliah dengan lilin bernyala. Lilin pun pakai biasa je, Daddy dia tak beli lilin nombor 10. Nak pergi ke kedai belon tu agak jauh dari tempat makan ni, jadinya pakai lilin yang ada je sudah. Janji boleh tiup kan hehe



Rakam video nyanyi lagu birthday untuk Aliah. Selamat Hari Jadi yang ke-10 anakku Qalesya Aliah! Mummy sentiasa doakan yang terbaik buatmu sampai hujung nyawa. :)



Masa ni Daddy dia ambil gambar anak-anak. Hanya Qaireen sorang je yang pandang Mummy ;)



Gambar bawah ini dari kamera enZaf. Semua pandang satu arah kecuali Qaireen. Tahu dah pandang siapa tu hihi



Qaireen harusla ada nak nyanyi juga. Dia tu semua birthday orang dia nak nyanyi dan tiup lilin hehehe Bukan main happy lagi muka tu kan.



Ada ambil 3 cupcakes. Oreo, Pandan Gula Melaka dan Red Velvet.



Wefie satu keluarga.



Wefie lagi dari kamera enZaf.



Gambar wajib diambil setiap kali birthday. Gambar birthday girl dengan Daddy.



Mestila ada dengan Mummy juga. Kembang dah mak ko ni, nampak gaya kena joging dengan serius, sebelum ni joging satu kali tak pun dua kali seminggu je. Makan pun tak jaga lagi la huhu



Lepas makan kek terus kami balik rumah. Takde menyinggah mana pun, jalan-jalan masuk kedai pun tak dalam OU ni. Tengok orang ramai je kan kejap-kejap je kat satu tempat. Masa kat Kaison tu sempat enZaf beli spek untuk Qaireen. Comel gila bentuk buah nanas. RM2 ke RM3 je harga spek tu hahaha



Pejam celik hari ni hari ke-3 kami berPKPB. Pagi-pagi seperti biasa sibuk monitor anak-anak dengan GC. Masuk dapur pun lambat sikit dari kebiasaan, selalunya bila anak-anak sekolah makanan dah terhidang sebelum pukul 12 tengahhari. Untuk 14 hari ni dapat la masak lambat sikit, tiada nak kejar masa :) Salam Jumaat kawan-kawan, jangan lupa baca surah al-Kahfi.

No comments: