Monday, October 26, 2020

Kembali ke Taman Botani Shah Alam Setelah 4 Tahun lebih


Rupanya sudah lami kami tak pergi ke Taman Botani Shah Alam. Bila ai search balik dalam blog ni, kali terakhir kami pergi pada tahun 2016 [link] Dan ai baca semula entry tu ya memang ai ada niat nak datang lagi sekali ke sini dengan anak-anak bila masing-masing dah pandai bawa basikal. Nampaknya tercapai sudah hasratku ini. Memang betul kami datang lagi sekali ke Taman Botani ini untuk berbasikal dengan anak-anak. Tak sangka sungguh. Cuma berbeza kali ini kami pergi ai tak ambil gambar banyak sangat. Bila dah berkayuh basikal susah pula nak bergambarkan. Lebih banyak menghayati kawasan keliling dan bergelak ketawa dengan enZaf dan anak-anak hihi Masuk sahaja dalam Taman Botani ni, terus kami menuju ke tempat sewa basikal. 3 basikal kami sewa kecuali Aliah dan Ariq bawa basikal dari rumah. Anak-anak nak tengok haiwan, kami terus berbasikal ke Taman Haiwan. Boleh tahan penat juga nak sampai ke sana. Sebab jalannya bukannya lurus dan mendatar. Naik turun bukit semua cukup. Gigil juga kaki dan lututku nak mengayuh, sampai-sampai depan Taman Haiwan tu macam minta nyawa. Tercungap-cungap ai hahaha.. Berehat sebentar ambil nafas sambil anak-anak tengok haiwan yang ada kat dalam tu :)



Tengok 2 jenis haiwan je masa ni. Tak sure pula ada haiwan apa lagi sebab kami rehat tak lama. Terus sambung cycling ke tempat lain pula.



Kami cuba berbasikal di laluan lain. Ai tak ingat laluan ini menuju ke mana tapi yang pasti jalannya sangat la meletihkan. Banyak naik turun bukit. Sampai ai tak larat nak kayuh, bila nak naik bukit tolak je basikal hihihi.. Anak-anak pun sama kalau tak larat tolak je basikal. Tapi bila nak turun bukit paling best, bukan main laju lagi haha Rasanya lemak ai bergegar masa ni :p



Berhenti kat peta sebab tak tahu dah kat mana kami sampai. Ada lagi laluan kalau nak teruskan, tapi waktu tu dah kesuntukkan masa. Dah pukul 4 lebih, Taman Botani ni tutup pukul 5 petang. Jadi kami berpatah balik dan harus mengharungi semula naik turun bukit. Pergh mencabar sungguh rasa sebab inilah kali pertama bawa basikal berpeluh macam apa. Sebelum ni berbasikal kat Tasik Titiwangsa tu santai-santai sahaja.



Tak sedar pun bila masa enZaf ambil gambar ni. Masa ni ai sibuk nak tengok kalau ke depan lagi ke mana sampai cekak pinggang. Makcik makcik sangat la kan haha Tak sedar diri umur dah nak masuk 4 series :p



Qaireen paling seronok sebab dia sorang yang tak penat :p Mujur la enZaf yang bawa dia. Kalau ai bawa dia mau terbalik basikal tu. Bawa diri sendiri pun dah penat haha.. Daddy dia siap pasang lagu dan Qaireen menyanyi dengan gembiranya. Seronok ye nak hehehe Gambar bawah ni Daddy dia ajak wefie.



Walaupun cycling kami ni mencabar, anak-anak tetap enjoy. Satu kelainan katanya. Hantar semula basikal sewa dan terus cari air hahaha.. masing-masing kehausan. Qaireen pula nampak lolipop, itu yang dia minta.



Ambil gambar anak-anak sebelum keluar pagar dari Taman Botani.



Lepas tu kami terus menuju mamak pekena teh tarik ahaha.. habis jahanam lemak yang baru dibuang telah dimasukkan semula. Serius seronok naik basikal kalini. Agaknya bawa basikal naik atas jalan tu lagi seronokkan. Sekarangkan trend orang ramai berroadbike. Belum cukup duit je nak beli basikal mahal tu. Kalau ada duit agaknya dah atas jalan kot sekarang ni hahaha

Oh sempat ambil satu video pendek masa kami tengah cycling. Itu je la yang ada pun haha kejap je sebab masa ni rekod tengah turun bukit. Tak boleh lama-lama kang terbabas pula ai.


No comments: