Thursday, October 8, 2020

Projek Sains: Bahan Buangan Tahun 6


Baru perasan ai terlupa nak buatkan satu entry berkenaan projek Sains akak Zahra dalam blog ni. Projek ini merupakan projek semasa kita tengah PKP. Kaedahnya sama dengan projek Sains dia yang pertama [link] Perlu buat video dan hantar melalui Goggle Classroom (GC). Eh tiba-tiba rindu kat GC hehe Masa PKP tu, hari-hari buka GC kan. Sampai ai pun naik pening sebab kena monitor 3-3 orang ni punya homework. Belum lagi masuk online class, terkejar sana sini hahaha

Eh berbalik kepada cerita asal. Tempoh untuk menyiapkan assignment yang diberikan oleh cikgunya ini adalah seminggu. Projek kali ini berkenaan kitar semula bahan buangan. Konsep dan apa yang dia nak buat memang ai serahkan pada akak Zahra 100%. Dia cuma beritahu ai apa bahan-bahan yang dia perlukan, itu saja. Oh ya, yang tukang rekod ni dah tentulah ai sebab takde orang lain boleh tolong haha. Bab edit seperti biasa akak Zahra yang buat sendiri. Inilah hasil videonya.



akak Zahra pilih buat pasu bunga menggunakan botol air plastik. Bahan-bahan semua memang dah ada kat rumah. Bunga tu pun. Recycled jugakan mana yang ada. Mudah hehe



Ai tak ambil pula gambar sebelum nak mulakan video. Masa tu kalau tak silap tengah huru hara nak pastikan Qaireen tak buat bising dan kacau apabila kami tengah rakam video huhuhu Yang ai tahu nak cepat selesai je. Apa pun ai bangga dengan hasil projek sainsnya. Tengok pada keputusan yang cikgu Sainsnya beri markah tu pun akak Zahra tersenyum lebar. Tahniah akak Zahra! Oh ye, masa Zahra buat projek ni, Aliah pun join buat sama. Dia pun ada juga pasu bunga tapi saiznya kecil sedikit, ai tak ambil gambar pula. Dia dah bawa simpan dalam bilik tidurnya :)

No comments: