Tuesday, February 23, 2016

Riadah di Taman Botani Shah Alam


Kali ke dua kami ke Taman Botani Shah Alam ini, sebelum ni datang ke sini masa Hari Sukan sekolah Aliah [link]. Kali ini datang sekali lagi masa cuti sekolah seminggu untuk Tahun Baru Cina. Kami tidak la sampai awal sangat, tak silap dalam pukul 9 pagi. Waktu ni orang tak ramai lagi. Laju je masuk lepas beli tiket.



Masuk je dalam Taman Botani kami terus menuju ke tempat basikal, ingatkan nak naik basikal pusing-pusing dalam ni tapi sayang pula tiada basikal budak kat situ. Kalau ai dan enZaf naik basikal, dapatla bonceng sorang satu. Tapi bila difikirkan balik mana pula nak letak lagi seorangkan hihi... Jadinya kami hanya berjalan sahaja la. Elok juga berjalan dapat banyak bakar lemak di badanku ini hehe Sebelum misi membakar lemak diteruskan harusla ambil gambar dorang semua hihi



Masa ai nak ambil gambar Aliah kat bawah ni tiba-tiba dia cakap "that tree is long, Mummy!" hahaha long?! aduhai bole la nak tapi yang sebetulnya high la sayangku. :p Dulu masa kecik Mummy pun konfius nak guna word high dan long. Benda lebih kurangkan, 2-2 pun menunjukkan ianya bukan pendek haha



Apa ntah enZaf setting kamera tak habis-habis. Lama betul ai menunggu huhu.. Tapi gambar dari kamera dia, ai tak masukkan dalam entry ni. Malas nak belek gambar sebab banyak sangat. Letak gambar dari handphone ai je sudah :p



Kami lalu Taman Malaysia, ada Taman Padi dekat situ tapi kami tak ambil gambar pun. Sambung jalan lagi sampai lah ke Taman Haiwan. Dekat situ baru kami berhenti untuk bergambar. Ada la dalam dua tiga snap kat situ hihi.



Ada parrot. Zahra tanya parrot tu boleh bercakap ke tak? Mana la ai taukan, ai cuba say hello/ hi dan siap bagi salam kat dia tapi tak menyahut pun. Anggap parrot tu boleh bercakap la kot kan :)



Tak berapa banyak haiwan kat sini. Itu pun kami singgah sekejap je, anak-anak ni dah tak sabar nak pergi snow katanya. Masa dalam kereta ai ada cerita kat Taman Botani ni ada rumah 4 musim. Jadi adalah snow dalam tu. Itu yang masing-masing dah eksaited nak ke sana.



Kami berjalan separuh atas jalan raya, separuh lagi ikut jalan bertanah. Masuk bersuasanakan pokok-pokok, ala-ala jungle tracking gitu. Siap ada jambatan gantung lagi.



Dalam ramai-ramai ni, Aliah lah yang paling takut skali bila lalu atas jambatan gantung. Tengok muka dia pun tahu takut, dia seorang yang gayat. Bagi yang lain tiada masalah. Masa kami dah sampai kat hujung jambatan gantung tu saja ai menyakat Aliah sambil lompat-lompat atas jambatan tu, menjerit-jerit dorang, si Zahra pun sama hahaha... dia cakap "Mummy, my leg is shaking!!" haha..



Keluar dari jambatan gantung tu, ada taman orkid yang berdekatan. Tapi sayangnya la hai tinggal daun je, kebanyakkannya dah tiada bunga. Kalau ada pun dah nak layu. Tak terjaga bunga-bunga orkid kat sini huhuhu



Sambung lagi perjalanan dan jumpa tasik besar. Nak bergambar berlatarbelakangkan tasik tapi Ariq minta ambil gambar dekat air pancut comel ni pula ;)



Aliah pula jumpa bunga sama dengan warna bajunya. Warna kegemarannya warna purple.



Zahra je ai lupa nak ambil gambar dia seorang huhuhu Jauh kami berjalan. Boleh tahan penat juga, rehatkan kaki sekejap sebelum masuk rumah iklim. Situ la tempat yang dorang nak sangat-sangat masuk.



Ariq sibuk cakap nak tengok snowman haha



Dalam rumah iklim ni bukannya tunjuk semua musim. Kebetulan kami datang ni buat musim salji. Lega dapat juga la anak-anak merasa hahaha kalau tak nanti muncung pula muka sorang-sorangkan. Bila dah masuk dalam rumah iklim ni bukannya kita boleh main salji pun. Sekadar cuma melayan cuaca sejuk sahaja. Salji tu tengok je la dari jauh.



Sekejap je kami kat dalam tu, ada la dalam 10 minit. Lepas tu anak-anak dah tak tahan rasa sejuk. Mana taknya masuk dalam tu bukan ada pakai jaket atau pakaian tebal. Ha satu dorang seronok, bila kat dalam tu kita bercakap keluar asap. Nampak bertapa sejuk sangat. Dapat la gambar sekeping dua dalam tu, masing-masing menahan sejuk :)



Keluar dari rumah iklim bukan main senyum lebar masing-masing haha.. Bulan 3 nanti rumah iklim akan tukar musim kepada musim bunga. Wah mesti cantikkan dan akan ada macam-macam jenis bunga nanti.



Ada miniature rumah kampung depan sikit dari rumah iklim. Zahra dan Aliah laju je berlari menuju ke sana. Mereka ingat rumah doll agaknya boleh dibuat main.



Rumah yang ini saiznya besar sedikit dan anak-anak siap masuk kat dalam.



Ambil gambar untuk kenangan.



Waktu ini kami sedang tunggu bas. Masing-masing dah tak larat nak balik berjalan kaki. Ai macam dah habis tenaga pun iya haha



Rupanya dekat 4.9km kami dah berjalan, sikit lagi nak cukup 5km. Fuh macam tak percaya jauhnya. Patutla rasa penat dah kaki tu :p Alhamdulillah cuaca haritu pun sangat baik. Panas tu jangan katala, Malaysia ada ke tak panas hehe Berpeluh ketiak basah baju semua cukup. Belum sampai petang lagi. Kami keluar ni pun ngam ngam sudah pukul 12 tengahari lebih. Masa keluar tengok orang ramai baru nak masuk dalam Taman Botani ni. Dekat kaunter pun dah beratur panjang

Kalau nak ikutkan pada peta kawasan Taman Botani ni, banyak lagi kawasan yang belum pergi. Yang kami pergi ni pada laluan bas sahaja. Laluan basikal ada banyak jalan lagi dan ada macam-macam juga aktiviti kat sini. Boleh tengok kat website untuk info lebih lanjut [link]



InsyaAllah ada rezeki boleh ke sini lagi. Ai tunggu anak-anak ni besar sedikit, yang penting masing-masing dah boleh bawa basikal. Kita cycling pula. Tak silap ai dekat Frim tu ada sewa basikal juga dan basikal untuk budak-budak pun ada. Nanti boleh cuba kat sana pulakkan.

No comments: