Bila anak-anak dara ni semakin membesar, tergerak hati ai untuk mereka menjaga adab ketika mandi. Ai nak ajar dorang mandi dengan memakai kain batik. Walaupun hukumnya tak wajib tapi ai taknak la mereka mandi telanjang bila ada adik beradik lelaki. Bukan mandi sama tapi sekurang-kurangnya ada perasaan malu sedikit. Kalau tak malu kepada orang pun malulah kepada Allah S.W.T :) Masa bulan Februari, lama dah ceritanya hehehe ai ada Whatsapp Has minta dia jahitkan kain batik untuk anak-anak sebagai kain basahan. Ai tahu sebab adik Has tukang jahit, dia ada juga menjual kain batik untuk tempahan. Kalini ai nak kain batik itu dijahit siap-siap untuk dorang, tak perlu lagi nak ikat bila pakai. Senangkan kerja. Masa Whatsapp tu ai siap bagi dia ukurun sebagai panduan untuk adik Has nak jahit nanti. Ai tak tahu ukuran apa dia perlukan tapi ai bagi la semua hahaha Nasib baik pahamkan.
Masa bulan lepas September, ai dapat Whatsapp dari Has beritahu yang kain batik tu dah siap. Minta alamat sebab adik Has nak pos. Masa tu ai pun dah lupa pasal kain batik hahaha Has Whatsapp baru teringat balik. Masa ai minta jahit tu pun hujung bulan 2 kalau tak silap, lepas itu negara kita buat PKP, PKPB dan PKPP memang ai pun tak teringat langsung. Bila dapat dah kain batik tu, masyaAllah cantik betul corak kain batik. Buat mandi cantik-cantik macam ni.
Senang jahit buat getah siap-siap. Takde la nanti melorot bila mandi. Nak suruh dorang ikat pun belum tentu ketatkan. Dah alang-alang ai buat untuk anak-anak ni, ai pun tempah satu juga untuk diri sendiri hehehe.
Masa pertama kali anak-anak ni cuba mandi berkain batik, nampak kekoknya sebab susah sikit nak sabun. Nak kena selak kain tu kan, tapi lama-lama dah pandai. Saja la cakap dengan akak Zahra dan Aliah, mana tahu nanti bila pergi asrama.. mandi pakai kain batik sopan sikit kat luar tu. Kalau tak masuk asrama sekali pun bila pergi universiti atau mana-mana sahaja la, tak salah mandi tutup aurat. Dalam bilik mandi ni ada syaitan dan jin jadi sebelum masuk bilik air eloklah baca Bismillah dahulu, kalau dapat baca doa masuk dan keluar bilik air lagi bagus. Sekiranya nak tahu berkenaan hukum bertelanjang dan melihat aurat sendiri, boleh baca di sini [link]

2 comments:
good idea..tq for sharing!
Bila anak semakin besar ni, makin besar juga la tanggungjawab kita kan. Takut pun ada nak mengharungi fasa anak-anak remaja ni hehe
Post a Comment