Tuesday, September 18, 2018

Projek Seni: Burung Kenek-kenek


First time diriku dengar nama burung kenek-kenek ni. Bila di Google ai tengok takde la sama sangat rupa burung tu dengan topeng yang bakal dibuat dalam buku teks Pendidikan Seni ni. Tapi hentam saja la kan. Dah cikgu suruh buat, ikutkan aje la. Sebenarnya ni kerja seni untuk Aliah. Lama dah buat tapi macam biasa la ai baru nak update dalam blog huhu



Aliah bagi kat ai buku teks Pendidikan Seni tu untuk beritahu bahan-bahan yang perlu dibawa ke sekolah. Tak silap lagi 3 hari macam tu kot kena bawa. Dia cakap lagi yang cikgu kata nak buat apa-apa bentuk pun boleh tapi lebih baik ikut sama macam dalam buku teks. Maka keesokkan harinya ai terus mencari bahan-bahan sama macam dalam buku teks tu. Nasib baik la tak banyak sangat nak membeli. Tinggal nak cari kain felt dengan dawai apa entah yang berwarna warni tu. Bahan-bahan yang lain kebanyakkan dah ada kat rumah. Almaklumlah rumah ni macam dah boleh buka kedai stationary hahaha.. tiap kali beli bahan seni, ai akan beli extra simpan kat rumah. Kalau tiba-tiba cikgu minta last minutes, at least dah ada stok gitu. Gambar kat bawah ni cikgunya hantar kat Whatsapp group. Nampak kegigihan Aliah menyiapkan topeng burung kenek-kenek tu :)



Kawan sebelahnya pula buat topeng kucing menggunakan pinggan kertas. Comel je kucing dia macam Doraemon :) Balik dari sekolah terus dia tunjuk kat ai topeng dia buat kat sekolah. Katanya cikgu suruh bawak balik dan hantar minggu hadapan sebab ramai kawan-kawan kelasnya tak sempat siap.

Nak dijadikan cerita tak sampai 10-15 minit topeng dia koyak. Dia dan Ariq buat main-main sampai lunyai topeng tu huhu.. Sabar je la. Tak pasal kena buat semula. Tapi takde la masa tu juga buat. Ai pun malas nak monitor, ingatkan tunggu hari minggu baru buat. Sekali ai terlupa pasal topeng ni dan Aliah pun tak ingat juga. Hari Selasa dah kena hantar dan hari Isnin baru teringat. Itu pun gara-gara Aliah tengok jadual untuk kemas buku dalam beg. Kelam kabut la ai suruh Aliah buat. Keluarkan semula bahan-bahan untuk topeng tu, mujur juga bahan-bahan yang belum guna ni ada lagi simpan.



Penat okay tunggu dia siapkan. Ai ada la tolong gunting sikit-sikit, yang lain macam tampal tu semua dia buat.



Dekat pukul 11 lebih malam juga la siap sepenuhnya. Start buat topeng ni lepas dinner , memang lambat la jadinya.



Sampai mengantuk ai tunggu dia siapkan topeng tu tapi bila dah siap terus hilang ngantuk ku haha sebab tengok muka dia gembira sangat. Lega kot akhirnya. Terus ambil gambar dia pakai topeng burung kenek-kenek hehehe Alhamdulillah selesai juga walaupun last minutes buat. Bersepah barang-barang atas meja makan tu ai biarkan, tak larat nak mengemas. Berdoa bila enZaf masuk rumah buat-buat tak nampak je sepah tu semua haha Entah kenapa diriku mesti malu kalau laki balik tengok keadaan rumah macam tongkang pecah. Walaupun enZaf sendiri pernah cakap dia paham kalau tak sempat nak mengemas bagai. Tapi tu la malu tu datang sendiri tiba-tiba. Eh melalut cerita lain pula. Okay begitu la kisah topeng burung kenek-kenek Aliah yang buat kali ke-2 itu hihi

No comments: