Dah masuk bulan November kita, cepatnya masa berlalu. Tahu-tahu nak habis je tahun 2020. Pada 6hb Oktober iaitu bulan lepas, enZaf memasuki umur 43 tahun :) Tua dah rupanya suamiku ini hihihi Macam tak percaya pun ada. Harijadi dia tu jatuh hari Selasa jadinya tiada la nak sambut sebab hari kerjakan. Masa waktu tengahari, enZaf ajak makan kat luar. Katanya dia terasa nak makan dekat Warung Kita. Apa lagi laju la bersiap. Hanya Ariq je yang tak ikut sebab dia pergi sekolah. Masa nak makan ai hanya ambil gambar enZaf je. Bagi chance la sebab birthday boy gitu.
Tangan dia tu sempat curi ayam goreng ai okay. Laju-laju snap simpan sebagai bahan bukti hahaha Seronok masa makan kat sini sebab tak ramai orang. Elok kami sampai terus boleh order makanan. Susah nak dapat masa lengang macamni. Selesai makan terus enZaf hantar ai dan anak-anak balik rumah. Dia sambung buat kerja. Masa kat rumah ai buatkan kek coklat untuk enZaf sementara menunggu dia balik.
Comot je tengok kek itu, atasnya tabur coklat cip. Itu je yang ada pun hihi Malam juga la dia balik, dia tak tahu ai buatkan kek untuknya. Kalau beritahu mungkin dia balik awal sikit. Tapi ai tak kisah pun sebab dah biasa dia balik lambat :p Anak-anak bagi Daddy birthday card. Simpan sini sebagai kenangan.
Bahagian atas dari kiri, kad dari akak Zahra. Kreatif dia buat buka-buka je ada pop-out tulisan happy birthday tu. Sebelah kanannya pula kad dari Aliah. Anak dara tu letak duit syiling 50 sen dua keping hehehe. Bawahnya pula kad dari Ariq. Dalam kad tu dia ada tulis ajak makan fast food hahaha aduhai macam-macam la hero ni sorang. Nak letak lilin nombor 43 takde, mujur ada satu lilin jumpa kat dapur. Jadilah dari tak ada kan. Paling sibuk sekali yang kecik tu. Setiap kali ada kek je dia ingat itu harijadi dia hihi.
Anak-anak bergambar bersama dengan Daddy. enZaf ajak ai bergambar sekali tapi ai tak nak sebab malas nak salin baju dan pakai tudung.
Dah ada kek harusla kita menyanyi lagu birthday. Nak masukkan video menyanyi tu tapi akak Zahra pula tak pakai tudung. Oh yang dalam handphone enZaf tak tengok pula videonya ada akak Zahra ke tak. Kalau takde akak Zara dalam tu boleh masukkan kemudian :) Lepas menyanyi masa untuk tiup lilin, dan yang kecik tu juga la yang paling teruja dan semangat haha
Selamat hari jadi yang ke-43 suamiku!!! ai sentiasa doakan yang terbaik dalam hidup you. Terima kasih kerana menjadi suami dan Daddy yang baik untuk ai dan anak-anak. Love you till Jannah! cewah nak jiwang tiba-tiba :p

No comments:
Post a Comment